Food Oh, Madu!

Ia terbukti kaya dengan pelbagai kebaikan untuk kesihatan tapi Cosmo tidak bercakap mengenai madu yang kamu makan bersama penkek kamu itu okey – it is literally just sugar! Ketahui jenis madu dan kegunaannya. Oleh Iqa Norhizam

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

JIKA KAMU SANGKA MADU MEMPUNYAI SATU JENIS SAJA – YOU ARE WRONG! DALAM DUNIA MADU SENDIRI MEMILIKI LEBIH DARIPADA 300 JENIS YANG BERBEZA. JENIS MADU DIKATEGORIKAN OLEH SUMBER BUNGA, TAPI WALAUPUN IA DARIPADA SUMBER BUNGA YANG SAMA DAN DARI LOKASI YANG SAMA, RASA DAN TEKSTURNYA BOLEH BERBEZA MENGIKUT SUHU DAN JUMLAH HUJAN. MADU YANG BERWARNA LEBIH CERAH RASANYA LEBIH LEMBUT DAN TEKSTURNYA LEBIH RINGAN, SEMENTARA DARK HONEY PULA LEBIH KUAT RASANYA DAN TEKSTURNYA LEBIH BERAT.

MaduMa Alfalfa

MaduMa daripada bungabun ini berwarna putihput atau sedikit kekuningankek dan amatam bagus diambil untukunt kegunaan harian.har

Madu Avokado

Madu daripada bunga tumbuhan ini warnanya lebih gelap dan mempunyai rasa yang rich dan buttery. Madu avokado sering digunakan sebagai dressing atau sos untuk salad. Ia alternatif lebih sihat berbanding sos daripada sumber makanan lain.

Madu Buckwheat

Madu daripada buckwheat berwarna coklat gelap dengan rasa yang sangat kuat dan pekat. Ia amat bagus digunakan sebagai sos berbeku dan jika mahu membuat kek.

Madu Blueberry Bertentangan dengan kepercayaan popularnya, ia bukanlah madu yang ditambah beri biru. Ia sebenarnya berasal daripada bunga beri biru. Warnanya bertukar daripada kuning cair kepada kuning menyala. Ia mempunyai rasa yang kuat dan ‘penuh’ dan amat bagus digunakan untuk sos atau baking.

Madu Eucalyptus

Perbezaannya bergantung kepada spesies tumbuhan. Ia mempunyai warna dan rasa yang berbeza. Amat bagus untuk digunakan sebagai sos dan dressing serta untuk membakar kek. Ternyata alternatif yang lebih sihat berbanding gula.

Madu Clover

Ia sering digunakan dalam kehidupan seharian dan orang ramai menganggapnya sebagai madu biasa (table honey). Warnanya putih atau sedikit kekuningan dan mempunyai rasa yang lembut dan halus. Madu clover boleh dibahagikan kepada beberapa jenis antaranya Red Clover, White Dutch Clover dan sebagainya.

Madu Basswood

Madu yang berasal daripada bunga pokok ini terkenal dengan warnanya yang putih hampir sama dengan tekstur air. Jangan tertipu kerana rasanya amat pahit dan ‘menyengat’.

Madu Orange Blossom

Boleh menjadi madu asli atau madu yang sudah dicampur dengan nektar dari bunga sitrus lain yang berdekatan seperti lemon dan lime. Harganya antara yang termahal di pasaran. Ia juga amat sesuai dijadikan alternatif sihat untuk minum petang kamu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.