dari meja editor

Cosmopolitan (Malaysia) - - EDITORIAL - Nisa’ Halid Editor

Sedang kami menyiapkan edisi kali ini, terdentamdentum bunyi mesej masuk di WhatsApp. ‘Goal! Yes! Goal! Yes!’ update yang kami terima. Bangga menjadi anak Malaysia, tak rugi bersengkang mata hingga jam satu pagi semata-mata mahu menunggu game habis. Saya teringat ketika di sekolah, banyak masa saya diluangkan untuk latihan olahraga dan ada kalanya waktu di kelas terpaksa dikorbankan. Seronok rasanya bila diraikan kala meraih pingat di peringkat sekolah juga negeri. Jika saya bukan Editor Cosmopolitan hari ini, pasti saya antara jurulatih sukan untuk Malaysia. Ah Ah, tak salah berangan! Tapi pastikan angan-angan kamu itu se sesuatu yang boleh dicapai.

Menjadi Editor majalah antarabangsa ini antara idaman sa saya sejak di bangku sekolah (selain menjadi olahragawati). Bulan lalu ketika temu bual besama IM4U fm, antara soalan yang diajukan adalah, “Apakah cabaran yang sering dihadapi sebelum dan sejak bergelar Editor majalah ini?” Bagi saya, cuba dan terus mencuba sambil rebut dan cipta peluang yang ada. Jangan kedekut apatah lagi berkira bila melaksanakan tugasan yang diberi. Pupuk keikhlasan dan kejujuran. Kalau itu rezeki kamu, maka ia akan menjadi rezeki kamu tak kira betapa sukarnya kamu mengharunginya.

Edisi Wang & Kerjaya - suka saya katakan bahawa ia antara edisi yang menjadi kegemaran dan sering ditunggutunggu. Selak halaman 104 untuk melihat sesi makeover kubikel saya oleh team Cosmo bersama Juni Haikal daripada Ditto Studio. Kami juga tampilkan ‘workfie’ daripada Cosmoholics untuk kamu jadikan panduan menghias meja di pejabat. Selain itu, ceduk juga tip dan pandangan bernas daripada tiga personaliti pilihan Cosmo untuk halaman istimewa Successful People You Should Know By Now. You know you want it!

Oh, Miley! Siapa yang tak teruja membaca tentangnya? Ada saja ceritanya (sama ada baik atau buruk) dan setiap kali muncul dengan album baru, dia akan hadir dengan imej berbeza-beza. We are so impressed! Pasti ada yang berkait rapat dengan kerjaya seninya. Yang pasti, ia berjaya menarik minat ramai untuk mengikuti perkembangannya. Jadi, kali ini apa pula ya? Baca halaman 22 untuk kamu kenali Miley Cyrus dengan cara yang berbeza. Well, only in Cosmo,guys! Nisa'

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.