Show Me The Nails 5 TABIAT BURUK HARUS DIBUANG!

Tak kiralah kerja kamu mencari wang berjuta, menaip laporan berpuluh halaman atau membentangkan proposal, Cosmo ada tip untuk pastikan kukumu sentiasa sihat dan sedia toconquerthe workplace.

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY -

GIGIT KUKU

Entah apa-apa saja kamu pegang, semuanya masuk ke dalam mulut selain buat kuku bergerigi.

TAKSUB MEMBERSIH

Sampai ke bawah kuku kamu korek dan sental sehingga tersiat isi dan kuku. Sakit, kan?

MEMOTONG KUTIKEL

Jangan tarik, potong atau gunting kerana ia membantu halang bakteria. Tolak saja perlahan-lahan selepas kamu mandi.

KUPIL WARNA KUKU

Bukan warna saja malah lapisan atas kuku pun boleh tertanggal. Bersihkan guna nail polish remover yang tidak mengeringkan.

ALAT ‘BERTUKANG’

Memanglah kuku kamu boleh keluarkan stapler, koyak sampul, jadi pemotong pita bungkusan tapi jangan sampai merosakkan kuku hingga terkoyak separuh pula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.