GAYA RAMBUT URBAN COOL!

March to the beat of your own drum! Cosmo beranikan diri menukar gaya rambut lebih daring dan edgy hujung tahun ini!

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY -

“SETIAP PELANGGAN ADALAH SEPERTI KANVAS KOSONG, STYLIST KAMI PULA ADALAH PAKAR DALAM MENCIPTA KARYA,” - Janice Lim, Pengasas Salun Hair Quarters

Cosmo ke cawangan ketiga Hair Quarters, salun rambut terkemuka yang kini sudah pun berada di Pavilion Elite! Terkenal dengan gaya dandanan yang edgy dan bold, outlet ketiga ini menandakan pengembangan utama selepas dua cawangannya di Solaris Mont Kiara dan Publika.

Mendengarnya buat Cosmo teruja mahu menyinggah, jadi kami pun merancang temu janji untuk ke salun yang menawarkan semua perkhidmatan rambut dan kulit kepala buat lelaki dan wanita ini. Dengan keluasan 2,800 kaki persegi, the salon exudes an urban cool - dihiasi dengan keluli dan dinding kosong, siling tinggi dan kerusi kulit mewah. Sungguh mewah dan eksklusif, Cosmo berada di salah sebuah bilik peribadi yang dilengkapi bilik mandi dan basin basuh rambut – selesa untuk kamu yang berhijab.

The masterpiece is the Redken Colour Lab! Di satu sudut di dalam salun ini dipenuhi dengan produk rambut berwarna-warni. Sebagai salun Redken Loft, Hair Quarters membawa pelbagai produk Redken, menambah satu lagi lapisan sofistikated untuk pelanggan yang dambakan gaya urban chic. Spot on! Cosmo sudah tahu rawatan apa yang sesuai untuk Cosmo hari ini.

Sekarang kamu boleh capai gaya rambut vibrant dan edgiest untuk penampilan barumu! Redken memperkenalkan New City Beats, acidic conditioning color cream. Hadir dalam tujuh warna, setiap City Beats diilhamkan oleh New York City ikonik dan lokasi familiar di sekitarnya. Paletnya termasuk East Village Violet, Midtown Magenta, City Ballet Pink, Indigo Skyline, High Line Green, Brooklyn Blue dan Times Square Teal. Krim separuh kekal merapi kutikel untuk hasil yang benarbenar senada sehingga 12 kali bersyampu, with no developer required!

Cosmo memilih Midtown Magenta untuk efek lebih berani. Tak perlu risau akan hasilnya, kepakaran stylist di salun Hair Quarters memang tiada tandingan. Hari ini, Cosmo keluar salun dengan penuh yakin dan paling bergaya!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.