PEMBUNUH CINTA!

Lelaki tidak mempunyaiyai superpower untuktuk membaca minda, wanitaita pula terkenal denganan sikap suka meletakkankan harapan melangit. Tibaba masanya untuk expectect less and accept moreore dalam perhubungan an kamu dan dia. Oleh Iqa Norhizam am

Cosmopolitan (Malaysia) - - LOVE & MEN -

FAKTA: Jika kamu tanya mana-mana wanita (termasuk diri sendiri) apakah kriteria yang mereka cari dalam diri pasangan, bukan n saja senarai itu penuh satu halaman, malah boleh dibuat novel! Hakikatnya, wanita memangmang suka berangan tinggi menggunung dalam memilih jejaka idaman mereka. Blame all ll the fairytales we watched while growing ng up. Semua mahu jadi puteri dan diberikan layananyanan istimewa oleh pilihan hati. Semakin kamu membesar, semakin kamu sedar bahawa figura putera yang kamu bayangkan selama ini amat sukar dicari cari – hampir tidak masuk akal dan seolah tidak wujud. Jadi kamu mula belajar untuk terimaerima jejaka yang miliki hampir kesemua kriteria iteria yang kamu cari. Kamu cuba yakinkan dirii agar terima si dia seadanya – kelebihan serta kekurangannya.nnya. Masalahnya di sini, betulkah kamu sudah udah singkir senarai dalam fairytale kamuu itu? Cosmo tahu, dalam diam kamu masih mengharap si dia menjadi Prince Charming ming dengan menghantar bunga berserta kata-kata-kata romantis pada kad, atau kamu masih bermimpi mimpi dia beri kejutan istimewa – letak dress baru dibeli di atas katil berserta sejambak bunga dengan kad berbunyi, “Wear this and see you later at 8pm.” Kamu masih berharap bahawa si dia akan berubah untuk kamu... Stop! Berhenti berangan sekarang juga. Unmet expectations kill your love. Apabila jangkaan kamu tidak selari dengan realiti, kamu mula bergaduh dan bermasam muka. Mengapa kamu perlu expect less dan accept more? Cosmo huraikan segala-galanya...

1Beri Ruang Kepada Diri Sendiri...

Apabila kamu mengharap dan ia tidak kesampaian, kamu rasa seperti tidak dihargai. Betul tak? Apabila si dia pujuk kamu dan kalian sudah berbaik, kamu mula buat perangai itu semula dan perkara sama terjadi lagi dan lagi. Give yourself a break already. Berhenti berharap. Ia tidak berikan kamu apa-apa kebaikan dan hanya memeningkan kepala kamu terhadap perkara remeh dan tidak penting.

2... Juga Kepada Si Dia

FIKIRKAN:

Jika kamu stress dengan sikapnya yang pada kamu mementingkan diri, tidak sensitif dan tidak peka, bayangkan pula apa teman lelaki kamu rasai dan lalui apabila kamu asyik merajuk dan mengamuk tak tentu hala. Jika kamu penat, dia juga pasti penat dengan perangai kamu itu. Beri si dia ruang untuk jadi yang terbaik dan masa untuk memahami minda kamu yang kompleks itu. Jika kamu terus-menerus bersikap kebudakbudakan, persoalannya siapakah yang pentingkan diri, tidak sensitif (atau terlebih sensitif) dan tidak peka? Saranan Cosmo, tell him straight what you

want, dan berhenti bermain teka-teki.

3Hubungan Semakin Mekar Dan Matang

Tidak kira dalam fasa bercinta, berkahwin atau sudah mempunyai anak, komunikasi serta penerimaan yang membuat hubungan semakin utuh, mekar selamanya dan matang. Hubungan umpama business – perlukan kesefahaman, kematangan, komunikasi dua hala, pembaikan dan kerjasama. Cuma yang membezakan hubungan dengan perniagaan adalah perasaan cinta serta emosi yang lahir di antara kamu dan si dia. Jadi jika mahukan hubungan yang selamanya mekar dan matang, kamu perlu belajar untuk menerima dan berhenti mengharap. Apabila kamu kikis dan terapkan dua perkara ini, hubungan kamu bukan saja stress-free, malah lebih kukuh dan almost a perfect team – come on. Kita semua tahu tiada yang sempurna di dunia ini!

4Hubungan Tanpa Bebanan

Sedikit perselisihan faham baik untuk perhubungan kerana ia boleh mengajar, mengukuh serta mematangkan bukan sahaja untuk hubungan malah juga diri sendiri. It can make you become a better person. Tapi jika kamu kerap bergaduh, ia adalah petanda jelas yang hubungan kalian merupakan satu beban. Jadi kamu perlu teliti akan perkara-perkara yang menjadi punca kepada perbalahan itu. Cinta dan perhubungan seharusnya menjadi satu ikatan yang positif kepada kehidupan dan bukannya bebanan. Jangan ‘bunuhnya’ dengan terlalu mengharap. Just speak up and tell what’s in your mind!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.