Q&A

Kamu ada kemusykilan tentang pasangan dan perhubungan cinta? Jangan risau, Cosmo bantu kamu selesaikan segala persoalan yang terbuku di hati.

Cosmopolitan (Malaysia) - - LOVE & MEN -

Q/ Saya ada masalah besar yang berpunca daripada diri sendiri. Saya suka berskandal walaupun sedang dalam perhubungan. Bagi saya, seorang seperti tak cukup dan saya suka bila ada ramai pasangan. Bagaimana nak hentikan tabiat buruk ini? Tolong!

A/ Tak ada siapa boleh bantu kamu melainkan diri sendiri. Untung jika kekasih tak tahu tabiat buruk kamu itu, tapi kalau ‘kantoi’? Adakah si dia sanggup jalin hubungan bersama kamu lagi? Sikap tamak ini tak bagus untuk diri dan perhubunganmu. Tak salah berkawan hingga seribu tapi bercinta biarlah satu. Jika kamu tak mahu perasaan kamu dipermainkan, kamu ‘wajib’ buang tabiat ini jauh-jauh, sekarang

Q/ Susahnya bila jatuh cinta dengan rakan sekerja. Tambah sukar, peraturan di pejabat tidak membenarkan perhubungan atau perkahwinan sesama staff. Urgh, bagaimana nak tahu jika hubungan tersebut berbaloi diteruskan?

A/ Cosmo tak pasti sejauh mana keikhlasan kamu dan pasangan. Nasihat kami, dalam diam cuba selidik keikhlasan si dia, manalah tahu ada jejaka yang sanggup melanggar peraturan demi cinta. Cuba beri si dia ujian seperti meminta bantuannya bila kamu dalam kesukaran. Jika dia beri banyak beri alasan, ia sememangnya tak berbaloi. Tapi jika sebaliknya yang berlaku, mungkin si dia layak dijadikan pasangan hidup.

Q/ Teman saya sering tak mengaku dirinya dilamun cinta dengan K. Katanya, K sudah bomohkannya. Bagaimana nak nasihatkan orang yang suka ‘menidakkan’ fakta seperti kawan saya ini?

A/ cinta Katakantak perlu bahawa

dibomoh kerana ia

hadir secara semula

jadi, jadi dia cuma

perlu terima dengan

hati terbuka. Jika

jejaka tersebut

sentiasa bersama

temanmu dalam

keadaan susah dan

senang, pastinya

jejaka itu ikhlas

menyayanginya.

Jangan sampai yang

dikejar tak dapat,

yang dikendong

berciciran.

Nasihatkan teman

kamu supaya berfikiran positif dan bersikap terbuka dalam apa jua situasi yang

dihadapi.

“CINTA TAK PERLU DIBOMOH KERANA IA HADIR SECARA SEMULA JADI, JADI DIA CUMA PERLU TERIMA”.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.