Buzz Kopi Dan Rambut

Apa kena mengenanya? Pernah tak kamu terfikir warna kopi pun boleh menjadi inspirasi kepada warna rambutmu? Oh yes, absolutely!

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Lari daripada kebiasaan! Itulah definisi fearless girl sebenar. Dari konvensional kepada unik, oh mestilah Cosmo bercakap mengenai warna rambut terbaru. Ya, tak semua orang berperwatakan daring dalam menukar gaya rambut apatah lagi warnanya setiap bulan (atau minggu). Alasannya, risau tak kena dengan personaliti dan ia merosakkan rambut. Salah! Musim ini, Joico Lumishine brings you a myriad of head-turning shades! Sama ada kamu coffee lover atau tidak, Cosmo pasti kamu akan jatuh cinta dengan inspirasi warna rambut daripada kopi yang dalam masa sama memberi ‘dara’ pada rambutmu!

Bulan ini Cosmo ke Hair Cottage, Bangsar untuk mencuba sendiri LumiShine Coffee Collection. Keliru nak pilih mana satu bila melihat warna-warna kopi yang dipersembahkan antaranya Mocha, Green Tea Latte, Caramel Macchiato, Unicorn Latte, Red Velvet Latte dan Orange Hazelnut Latte. Menyebut namanya saja sudah buat kami telan air liur memikirkan keenakan rasanya. Pemilik salun ini, Juno Loo mencadangkan warna Mocha, rona coklat yang mampu memberi maya kepada rambut pudar in no time at all.

Flat-looking seperti mocha, ada sesuatu di sebaliknya untuk diselongkar. Juno menambah warna coklat klasik untuk memperoleh empat gradien warna dengan intensiti berbeza – daripada gelap ke cerah. Hasilnya, warna kelihatan berlapis dengan tambahan sinar di bawah cahaya matahari bak secawan kopi mocha - kisaran espreso, krim dan coklat mencipta gaya rambut versatil sesuai untuk kulit dan tekstur rambut wanita Asia. Jika kamu impikan efek dreamy look, inilah koleksi pewarna rambut yang ditunggu-tunggu!

Selesai rawatan, rambut terasa dua kali ganda bersinar sekali gus mengurangkan penampilan rambut rosak di samping memberi vibrancy dan warna tahan lebih lama. Rambut tampil dua kali lebih lembut!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.