From The Editor

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS - Nisa' Nisa’ Halid Editor

K alau kamu masih ingat, untuk edisi Body Love tahun lalu saya mencuba latihan Power Plate di Bodytone Studio, tahun ini pula saya memilih rutin Crossfit di Fuel Athletics. Tak sakit badankah? Badan tak membesarkah? Ramai juga yang membantah keputusan saya untuk ke pusat gim seperti ini kerana khuatir saya berubah menjadi wanita berotot dan ‘perkasa’. Saya selalu berpegang kepada kata-kata ‘Hustle For That Muscle’ dan berpendapat selain tidur dan pengambilan air yang cukup, senaman juga antara penyumbang kepada kesejahteraan diri. Saya kongsikan ke kepada mereka yang dengan adanya sedikit otot, ia me menyingkir lemak yang bersenang-lenang ‘duduk’ dalam tu tubuh kamu itu. Kawal rutin latihan dan berat setiap kali be bersenam di gim. Rajin-rajin bertanya kepada pakar tentang objektif senaman dan paling penting, know your aim because three months from now, you will thank yourself.

Be healthy - antara perkara yang ‘wajib’ kamu ambil berat b dalam hidup. Sebab itulah kami fokus dan beri maklumat lengkap mengenai kesihatan tubuh dari halaman 97 hingga 120. Menariknya, kami telah menambah tab baru di laman web Cosmopolitan.my iaitu Cosmobody. Banyak artikel mengenai kecergasan telah kami kongsikan, juga video daripada fitness experts dan menu sihat untuk rujukan kamu. Jadi, jangan lupa untuk terus mengikuti update dan artikel terbaru setiap hari ya.

Tiada yang lebih layak menjadi covergirl bulan ini selain one fit and hot mama, Kate Hudson. Dia bukan saja lookingfab all the time, dia tampil begitu tentulah bersebab. Nak tahu? Selak halaman 24 untuk baca cerita terkini tentangnya. AMARAN! Jika kamu kuat cemburu hati-hati ya, kerana kamu pasti tak senang duduk melihat susuk tubuhnya yang sempurna. Ah-uh.

Bersempena edisi Body Love ini, Cosmo berkolaborasi bersama majalah Shape untuk Cosmopolitan X Shape Fitness Dance Party. Acara paling hype ini bakal berlangsung pada 18 November dari jam 5 hingga 9 malam. Ini masanya kamu berparti bersama kami and dance till you drop. Terus ke halaman 66 untuk maklumat lanjut dan dapatkan tiket segera. Jumpa kamu di sana!

3 2

4

1

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.