BEAUTY Q&A

KAMU BERTANYA, KAMI JAWAB. YOU'RE WELCOME!

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY -

Oh, tidak! Ini jenama Lakme untuk rambutmu, bukan mekap okey! Cosmo berbicara cantik bersama Raunel Novaes, Lakme Creative Director & International Training Manager mengenai produk terbaru - Bio Argan oil. Rawatan eksklusif ini menjanjikan 100 peratus minyak organik, tekstur ringan yang menyerap serta-merta dan sesuai untuk semua jenis rambut. Jika kamu mahu ‘mahkota’ yang bersinar dan selembut baldu, teruskan membaca... Apa objektif kamu dalam memegang jawatan Lakme Creative Director & International Training Manager? Objektif saya adalah untuk terus berkembang sebagai profesional dan menjadi pendidik bersama jenama global. Saya sangat teruja dengan idea dalam memperkenalkan kualiti produk Lakme ke mata dunia dan sifat dinamik milik Studio Lakme.

APA PRODUK TERBARU UNTUK RAMBUT MUSIM INI?

Semuanya baru kerana kami sering memperbaiki setiap produk menjadi lebih baik sepanjang masa. Yang terkini, Bio Argan Oil. Banyak produk penjagaan rambut tampil dengan minyak yang sama, namun berani saya katakan yang produk kami sangat berbeza. Because we know where the bio argan comes from. Kami tidak membelinya di pasaran malah terus ke Morocco mencarinya. Bukan itu saja, syampu juga diperkenalkan untuk rangkaian ini. Ia sesuai digunakan oleh setiap jenis dan keadaan rambut, baunya pun sangat wangi. Kongsikan keistimewaan produk Lakme yang mungkin kami belum tahu... Kami menghasilkan segala-galanya di Barcelona, jadi kualiti produk sangat hebat dan mudah dikawal. Setiap kali menghasilkan produk baru, setiap satu perlu diuji sebelum dihantar untuk semakan kod. Jadi kami tidak akan berdepan dengan masalah pengilang dan kualiti sentiasa terjamin. Selain itu untuk bersaing dengan jenama gah, produk kami harus stand out kerana apabila jenama itu kaya dan ada nama, produk boleh dijual bak pisang goreng panas. Tetapi jika kamu tidak mempunyai nama besar, kamu harus tandingi prestasi mereka – dengan menjadi produk sempurna. Jadi inilah perbezaan ketara jenama kami. Selain syampu, apa lagi yang ditawarkan? Ia datang bersama masker menggantikan perapi. Mengapa? Sebaik disyampu dengan Bio Argan dan dikeringkan, rambut tampil berkilat tanpa memerlukan perapi untuk efek licin. Masker hanya diperlukan satu atau dua kali seminggu. Jangan lupa titiskan Bio Argan Oil sebelum keluar rumah untuk efek rambut lebih menawan. KAMU SETUJU BILA ADA YANG MENGELAR BIO ARGAN OIL ANTARA LAKME’S STAR PRODUCT? Sangat setuju! Tapi kami juga mempunyai pelbagai produk rambut yang boleh menjadi kegemaranmu. Antaranya rangkaian Lakme Ultra yang menjadi kegemaran untuk rawatan di salun, yang bakal menjadikan rambut kamu segar bugar daripada kekusaman. Selain rawatan Bio Argan, banyak lagi rawatan profesional yang boleh buat rambut kamu cantik bermaya.

Bio-Argan Hydrating Shampoo 300ml, RM99

Bio Argan Oil, RM189

Bio-Argan Hydrating Mask 250ml, RM159

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.