RAHSIA RAMBUT BERGAYA?

Alat dandanan berteknologi tinggi yang memudahkan serta menjaga kesihatan rambut.

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY -

SIAPA YANG TIDAK SUKAKAN DANDANAN DI SALUN? MELANGKAH KELUAR DENGAN DANDANAN SEMPURNA, TETAPI TAKKAN SETIAP HARI PERLU KE SALUN? DENGAN PANASONIC, SEOLAH ADA MINI SALUN SENDIRI DI RUMAH. MEMPERKENALKAN PANASONIC BLACK & GOLD HAIR SERIES DAN TIGA ALAT PILIHAN INI BOLEH MEMBERIKAN DANDANAN MEMUASKAN SETIAP HARI!

PENGERING RAMBUT IONITY 2500W PANASONIC EH-NE82-K655

Mahukan M pengering yang cepat? Menggunakan M kuasa 2500W, pengering rambut dengan aliran udara yang kuat ini mengeringkan rambut dengan pantas dilengkapi dengan Advanced Heat Protection Sensor iaitu pengesan automatif mengesan suhu kamar sekali gus menyesuaikannya dengan suhu pengering agar rambut tidak terbakar. Ion yang menyaluti rambut memastikan setiap helaian rambut tidak kering sambil mengurangkan statik. Rambut akan kelihatan k berkilauan dan bebas kerinting. k Penapisnya mudah ditanggalkan serta dibersihkan dan ia juga dilengkapi diffuser untuk kamu yang y rambutnya lebih beralun atau kerinting, k atau bila-bila kamu ingin menambah m maya pada rambut.

PENGERING RAMBUT KOMPAK IONITY 1800W PANASONIC EH-NE20-K655

Walaupun saiznya kecil tetapi kuasa aliran udara yang kuat dengan ion mempercepatkan masa pengeringan sambil memastikan rambut kekal bersinar. Ion menyaluti permukaan helaian rambut yang mengurangkan statik dan memastikan rambut licin berkilauan. Tiga ketetapan suhu; Turbo untuk pengeringan yang pantas, Heat Protection untuk aliran udara yang g kuat dengan suhu terkawal untuk melindungi g rambut dan kulit kepala, serta Strong Cool untuk membantu menetapkan gaya. Ia ringan dan boleh dilipat untuk kamu dibawa ke mana sahaja!

PELURUS RAMBUT NANOE™ PANASONIC EH-HS99-K655

Kreativiti tidak terbatas bila adanya pelurus elektronik ini di tangan. Bukan sahaja gaya rambut lurus, tetapi juga beralun dan bermaya! Ketetapan suhu maksimum 230°C membantu dandanan bertahan sepanjang hari. Haba disebarkan secara rata untuk dandanan yang pantas dan bertahan. nanoe™ kaya lembapan yang keluar dari lubang udara di sisi plat membantu melembapkan rambut sambil berdandan. Jadi, walaupun menggunakan suhu paling tinggi, ia menghalang kehilangan lembapan serta kerosakan akibat haba. Photo Ceramic Plate melindungi warna rambut serta lembapan. Kepitan yang seragam memastikan rambut didandan seragam walaupun pada bahagian yang nipis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.