Berikan Lirikan Mata Menawan!

Kamu sememangnya dikurniakan mata yang cantik, cuma mungkin si dia kurang perasan. Cuba ‘tangkap’ pandangannya ke arah matamu kala kalian berkomunikasi. Kata orang, dari mata turun ke hati.

Cosmopolitan (Malaysia) - - LOVE & MEN - Oleh Iqa Norhizam

AFTERNOON SEX? BIAR BETUL! PASTI ITULAH YANG SEDANG BERLEGAR DALAM MINDA KAMU SEKARANG INI, KAN? BUKANNYA KAMU DAN SUAMI DUDUK DI RUMAH SAJA TIDAK BEKERJA. TAK MUNGKIN KAMU MAHU CURI MASA MAKAN TENGAH HARI SEMATA-MATA UNTUK SESI QUICKIE BERSAMA SUAMI – TAK SEMPAT! COSMO FAHAM, TAPI SEGALANYA MUNGKIN JIKA KAMU BENAR-BENAR MAHU MENCUBANYA. WHY NOT DURINGTHE WEEKENDS?

SEJUJURNYA, KAMI KURANG FAHAM MENGAPA RAMAI SUKAKAN MORNING

SEX. MELAINKAN JIKA SUAMI BANGUN PAGI DALAM KEADAAN BERAHI, SUDAH TENTULAH KAMU PERLU ‘SELESAIKANNYA’ SEBELUM MULAKAN HARIMU. JIKA TIDAK, BUKANKAH LEBIH BAIK PAGI KAMU BERMULA DENGAN MANDIAN HANGAT DAN SECAWAN KOPI?

BEGITU JUGA DENGAN WAKTU MALAM. RAMAI YANG MENGGELAR DIRI MEREKA ‘GRANDMA’ (WALAUPUN USIA BELUM MENCECAH 30 TAHUN) KERANA SELEPAS SEHARIAN PENAT BEKERJA, TUBUH TIDAK LAGI BERTENAGA DAN MATA TERTUTUP RAPAT MENJELANG 12 TENGAH MALAM. JADI SEKS SELEPAS PENAT BEKERJA TIDAK KELIHATAN PRAKTIKAL. BUT AFTERNOONSEX? YES PLEASE! COSMO KONGSI EMPAT SEBAB MENGAPA KAMU PERLU MENCUBANYA.

1 TUBUH KAMU SUDAH BERSEDIA

Just nice. Pagi? Penat. Malam? Penat. Tengah hari? Sempurna! Kamu sudah pun minum kopi dan ambil sarapan pagi (serta lunch!) dan tubuh kamu belum benar-benar penat dan letih. Kamu masih mempunyai tenaga untuk lakukannya dan perasaan gembira selepas berhubungan intim bersama suami akan buatkan kamu lebih bersemangat untuk jalani saki baki harimu.

2 AFTER LUNCH IS PERFECT NAP TIME

Waktu di antara tengah hari dan petang merupakan waktu sempurna untuk postorgasmic nap. Kamu pasti dengar istilah power nap, kan? Jika mengantuk, kaedah terbaik yang boleh kamu lakukan untuk cergaskan semula tubuh adalah dengan mengambil power nap selama 20 minit ke 30 minit. Fikirkan ini pula: Seks selepas makan tengah hari diikuti power nap bukan saja boleh cergaskan semula tubuh kamu, malah kekalkan mood gembira sepanjang hari. So why not!

3 KAMU ADA MASA PERSIAPKAN DIRI

Jika kamu tahu bahawa kamu akan menikmatinya tengah hari nanti, kamu mempunyai banyak masa (lebih kurang empat jam bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari) untuk fikirkan idea perihal hubungan seks yang bakal menantimu atau imaginasi untuk naikkan berahi kamu dan suami. Can’t say that for morning sex, can you?

4 IA LEBIH ISTIMEWA

Seks pada waktu malam bersamaan dengan sesi intim yang biasa. Seks pada waktu pagi pula bersamaan dengan sesi intim yang sedikit ‘di luar kotak’. Tapi seks pada waktu tengah hari umpama bonus time! Untuk kebanyakan suami isteri, hubungan intim pada waktu ini umpama layanan istimewa. It is called afternood delight for a reason, right?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.