Syafiq Kyle

Elak Baca Komen Negatif

Cosmopolitan (Malaysia) - - LOVE & MEN -

Bukan mudah nak curi masa pelakon hangat bak pisang goreng panas ini untuk sesi fotografi TheCosmoGuy...

Setelah mencuba dari awal Januari, baru kini Cosmo berpeluang bersua muka dan bersembang panjang dengan jejaka kacak kelahiran Kuala Lumpur ini. Teruja!

Gemuruh Dengan Filem Pertama

Sepanjang bergelar anak seni, tahun 2017 membawa tuah buat Syafiq Kyle kerana dipilih menjadi hero filem arahan Osman Ali bertajuk Langsuir. Bukan calang-calang pengarah yang melihat Afiq sebagai pelakon berbakat. “Memang tak sangka bila dipilih oleh Osman Ali untuk filem ini. Tambah selesa bila heroin yang digandingkan adalah Hannah Delisha. Pasti peminat semua tahu, sebelum ini kami pernah digandingkan bersama dalam drama Mencintaimu MrPhotographer.”

Bagaimana Jalan Cerita Filem Ini?

“Tak bolehlah dikongsi semuanya, nanti tak

surprise kamu tonton di pawagam,” jelasnya sambil tertawa. “Sedikit teaser supaya peminat tak sabar nak tonton adalah filem ini seakan-akan Twilight. Bayangkan kemunculan Edward Cullen dan Bella Swan versi Malaya pula selepas ini.” Terbaru, Syafiq baru saja tamat penggambaran drama slot Samarinda yang bakal ditayangkan di TV3 iaitu Dekatkan Jarak Kita.

Elak Mudah Melenting

Sebelum ini pernah tersebar gosip bahawa Syafiq panas baran. Tak kisahlah benar atau tidak,

Cosmo teringin nak tahu bagaimana dia tangani kritikan dan komen negatif netizen di media. “Saya latih diri untuk tak membalas atau baca komen negatif terutamanya jika sedang jalani penggambaran. Saya tak mahu ganggu emosi ketika berlakon kerana komen negatif selalunya beri impak tak baik. Kadangkala saya tak buka akaun media sosial selama seminggu untuk fokus pada kualiti kerja.”

Amalkan Kehidupan Sihat

Memandangkan edisi kali ini memberi fokus pada

body love, pasti pembaca pun nak tahu adakah Syafiq menjaga pemakanan dan jalani kehidupan sihat? “Sejak tahun lalu saya tak ambil cuti daripada bekerja kerana rezeki datang tak putus-putus. Jadi apa yang saya lakukan adalah mencuri masa untuk bersenam. Contoh, sekarang ini sedang jalani penggambaran filem di Langkawi, saya akan cari mana-mana gim dan luangkan satu jam untuk bakar lemak dan kalori. Jika saya ke gim pada waktu malam, mesti keesokan harinya saya mudah bangun, tak perlu bantuan

alarm. Badan pun rasa segar! Tapi kalau tak ke gim, rasa lemah, penat dan malas berganda-ganda jadinya,” jelasnya yang menggemari senaman

cross-fit untuk tubuh yang lebih lean.

Definisi Wanita Seksi

“Saya tertarik pada wanita yang tahu jaga diri walau di mana saja dia berada. Dia tahu dirinya kuat walaupun tiada lelaki atau pasangan di sisi. Janganlah terlalu bergantung pada pasangan hingga buat mereka rasa rimas.” Jadi, hati Syafiq sudah dimiliki? “Belum. Masih mencari theright

girl,” ujarnya tersenyum kemudian menyambung yang dia mungkin menamatkan zaman bujang pada usia 40 tahun. “Life beginsat40!”

“SAYA A TAK MAHU GANGGU EMOSI KETIKA BERLAKON KERANA KOMEN NEGATIF SELALUNYA BERI IMPAK TAK BAIK. KADANGKALA SAYA TAK BUKA AKAUN MEDIA SOSIAL SELAMA SEMINGGU UNTUK FOKUS PADA KUALITI KERJA.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.