manthropology

TAFSIR MAKNA TERSIRAT

Cosmopolitan (Malaysia) - - LOVE & MEN -

Akhirnya, ada juga ‘mansplaining’ di sebalik katakata si dia... “Saya tak pasti jika kita perlu teruskan hubungan ini atau sebaliknya.” MAKSUDNYA: “Saya masih lagi mencari wanita yang sesuai. Saya tengah enjoy kehidupan bujang dan tak mahu komitmen dengan mana-mana wanita. Harap kamu faham.” Cosmo galakkan kamu jawab dengan tenang seperti, “Tak apa, mungkin kita perlu ruang untuk fikir perkara lebih penting dalam hidup.” “Mengapa kamu masih single?” MAKSUDNYA: “Mengapa tiada jejaka mahu mendekatimu?” Si dia mahu pastikan dirinya tak salah pilih pasangan. Mungkin ada faktor mengapa kamu single walaupun cantik. Jawab dengan tenang dan tunjukkan kamu ada kelas tersendiri seperti, “I enjoy my life kerana ada banyak aktiviti boleh dilakukan tanpa batasan dan tak perlu minta kebenaran terutamanya daripada pasangan.” “Saya tak mahu lukakan hati kamu.” MAKSUDNYA: “Saya akan lukakan hati kamu.” Setiap jejaka yang ungkapkan ayat ini pasti akan melukakan hati kamu walaupun dia tak mahu. Sebagai Cosmo girl, kamu tak layak disakiti atau adakah kamu rela disakiti? Say, no! “I don’t deserve you.” MAKSUDNYA: “Saya tahu kamu berusaha keras untuk dapatkan perhatian saya. Rasa bersalah bila tak dapat penuhi kemahuan kamu.” Dalam kata erti lain, jejaka merasakan he’s getting more than he’s giving.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.