Kenapa Lelaki Suka Tidur Tanpa Pakaian?

Cosmopolitan (Malaysia) - - LOVE & MEN -

Kajian oleh Institut Kesihatan Kanak-kanak dan Pembangunan Insan Maryland serta Universiti Stanford mendapati, tidur dengan pakaian ketat seperti seluar boxer boleh mengganggu penghasilan sperma dan merendahkan peluang mendapat bayi. Memakai boxer ketat merupakan kesilapan utama kerana ia meningkatkan suhu kerandut bahagian intim sekali gus mengurangkan kualiti sperma. Jika si dia memakai seluar dalam longgar pada siang hari dan berbogel pada sebelah malam, ia dapat meningkatkan 25 peratus kualiti sperma, menurut kajian tersebut. Selain itu, tidur tanpa pakaian membantu kelangkang si dia bernafas dan merendahkan risiko jangkitan kulit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.