BENTUK BADAN IDEAL BAGI JEJAKA

BAGAIMANA AGAKNYA SUSUK IDEAL WANITA PADA PANDANGAN MATA LELAKI? ADAKAH RAMPING DAN CURVY BAK KIM KARDASHIAN ATAU YANG TINGGI LAMPAI DAN LANGSING SEPERTI KENDALL JENNER? LET’S FIND OUT!

Cosmopolitan (Malaysia) - - LOVE & MEN -

PINGGUL Kebanyakan wanita menyukai bentuk pinggul seperti pelakon cantik, Emma Roberts. Tapi berlainan pula dengan kaum Adam yang lebih gemarkan rupa pinggul yang lebih menonjol seperti Kim Kardashian. Mungkin ia lebih seksi! DADA Fakta ini memang tak dapat disangkal lagi: Lelaki lebih suka melihat wanita berdada penuh seperti pelakon Jennifer Lawrence dan Scarlett Johansson, manakala wanita sendiri lebih gemarkan saiz sederhana dan tak berapa menonjol seperti Emma Watson. PERUT Wanita gemarkan bentuk perut lebih toned dan athletic seperti model, Adriana Lima dan Heidi Klum. Tapi bagi lelaki, bentuk perut yang sedikit ramping dan kecil seperti yang dimiliki Megan Fox adalah yang paling ideal.

“INGAT, JANGAN JADIKAN DIRI KAMU SEBAGAI

REBOUND LOVER KERANA KEMUNGKINAN BESAR, JEJAKA ITU HANYA MAHU HILANGKAN RASA SEDIHNYA BERSAMA TEMANMU.”

Kamu ada kemusykilan tentang pasangan dan perhubungan cinta? Jangan risau, Cosmo bantu kamu selesaikan segala persoalan yang terbuku di hati. Q&A

Q/ Sebenarnya saya tak mahu berkongsi komitmen kewangan dengan suami kerana saya tahu saya dah tak boleh shopping sakan. Tapi jika menolak, suami pula akan ‘sesak’. Rasa stress bila masalah kewangan menimpa kami begini. Bantu saya! A/ Bertenang, semua masalah ada jalan penyelesaian. Cuba kaji semula perbelanjaan kalian, mungkin kamu kena tolak keinginan kerana kehendak lebih utama. Kawal nafsu mahu baju, tas tangan dan kasut baru. Tak salah membeli sekali-sekala tapi bukanlah selalu.

Cosmo juga galakkan kamu buat tabung bersama. Tabung ini untuk simpanan jika kalian terperangkap dalam situasi terdesak. Manalah tahu, kan?

Q/ Saya tersepit apabila kekasih BFF bermain cinta dengan saya. Perlukah saya ceritakan hal sebenar kepadanya? Saya tak mahu persahabatan kami terputus dek kerana hal ini. Tambah lagi, teman saya itu selalu berkata yang dia sudah tak bahagia bersama kekasihnya. Apa patut saya lakukan? A/ Cosmo faham perasaan kamu. Tersepit di antara jejaka yang kamu sayang dan teman baikmu sangat menyakitkan. Ingat, jangan jadikan diri kamu sebagai rebound

lover kerana kemungkinan besar, jejaka itu hanya mahu hilangkan rasa sedihnya bersama temanmu. Jika kamu sayangkan persahabatan kalian, beritahu perkara sebenar supaya dia tak terkejut jika terdengar cerita ini daripada mulut orang lain. Mungkin teman kamu akan marah tapi lama-kelamaan dia juga akan faham. Time will heal everything...

Q/ Baru-baru ini saya berkenalan dengan seorang jejaka, tapi kebelakangan ini si dia seakan menjauhkan diri. Mungkinkah kerana saya selalu jual mahal hingga dia malas mencuba? Tapi bila bersama, dia akan melayan saya bak puteri. Dalam masa yang sama saya tak mahu dilabel ‘murah’. A/ Tepuk dada tanya selera. Memang benar kamu kena jual mahal, tapi bukanlah setiap masa. Kamu pasti mahu lepaskan jejaka sebaik dia? Jika ya, terpulang. Cosmo tak mahu yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Jika si dia menghormati kamu dan sentiasa ada bersama dalam apa jua situasi, why not?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.