‘ TAWAN’

BOS KAMU SEKARANG!

Cosmopolitan (Malaysia) - - WORK -

Alam pekerjaan – pasti kamu ada pengalaman yang positif dan negatif mengenainya. Daripada majikan yang sangat empower kepada bos yang hanya tahu mengarah, rakan sekerja yang saling bantu-membantu kepada rakan sekerja yang suka tikam belakang. Menurut statistik, kebanyakan pekerja memberi surat perletakan jawatan bukan kerana mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik, tapi kerana tidak tahan dengan persekitaran kerja – terutama majikan. Let’s face it: Tidak kira jika kamu passionate tentang pekerjaan, tapi jika kamu tidak mendapat usaha dua hala daripada bos, api yang sedang membara dalam diri kamu juga boleh terpadam menjadi abu. Sementara orang lain mempunyai majikan yang amat membantu dan hands on dengan pekerjanya, kamu pula terperangkap dengan sikap bos yang sukar dikawal dan gemar menjangka. Bagaimana caranya untuk kamu luahkannya kepada bos? Empat cara mudah ini mampu ubah segalanya perihal dunia pekerjaan kamu.

Untuk speak up dengan majikan bukanlah perkara mudah dan ia boleh letakkan kamu dalam situasi lebih rumit. Ketahui empat cara untuk kamu tawan hatinya. “BOS TIADA MASA UNTUK SAYA.”

“Pertama sekali, cuba fikirkan apakah alasan sebenar di sebalik kesibukannya itu,” kata Kim Scott, penulis Radical Candor: Be A Kick-ass Boss Without Losing Your Humanity, “kemudian tawarkan diri untuk membantu dengan kerjanya. Ia amat membantu kamu untuk belajar dan berkembang. It’s a win-win situation.” Apabila kamu bersemuka dengannya, pastikan kamu bersiap sedia. Sebagai contoh jika kamu mahu bangkitkan sesuatu masalah, bersiap sedia dengan tiga penyelesaian untuk diberikan.

Gunakan kecekapan yang sama melalui e-mel, pendekkannya kepada satu atau dua ayat. “Jika bos sedang baca e-mel yang panjang, dia tidak akan mempunyai masa untuk duduk dan bercakap dengan kamu perihal kerjaya dan matlamat kamu,” kata Kim. Jika kamu kekalkan hubungan yang produktif dengannya, dia mungkin akan luangkan lebih masa untuk kamu.

“BOS SAYA ADA PEKERJA KESAYANGAN.”

Jika majikan kamu sering beri projek hebat kepada orang lain dan bukannya kamu, memang mudah untuk kamu rasa tidak dihargai atau ketinggalan – sama ada dia sengaja atau tidak. Mula dengan pastikan dia tahu nilai kerja kamu. Crush your tasks dan jangan bersikap malu untuk bermegah dengan hasilnya. Still stuck? Tanya cara yang kamu boleh guna untuk perbaiki diri atau apakah buah fikirannya tentang usaha kamu. Katakan, “Saya perasan yang Tia dapat peluang untuk kendalikan projek hebat. Bagaimana saya boleh dapatkan peluang yang sama ataupun projek yang lebih kurang sama?” Mencadangkan penilaian prestasi adalah satu lagi cara proaktif untuk minta bantuan dan kebanyakan orang berikan respon yang baik terhadapnya.

“BOS SURUH SAYA URUSKAN HAL PERIBADINYA.”

“Kadangkala bos kamu hanya terdesak,” kata Kim, “dan tak salah kamu hulurkan bantuan.” Tapi melainkan jika jawatan kamu adalah pembantu peribadi, kamu perlu tetapkan had. Lain kali jika dia minta pertolongan kamu untuk siapkan projek sekolah anaknya, katakan, “Boleh, tapi jika saya tolong siapkan projek tersebut, saya takkan sempat siapkan kerja [masukkan tugasan yang perlu kamu laksanakan],” cadang Kim. Dengan menegaskan tugasan serta kerja kamu akan mengingatkan dia apakah tugasan serta jawatan sebenar kamu. Jika dia terus-menerus melayan kamu umpama Cinderella, mungkin sudah tiba masanya untuk kamu cari kerja baru kerana dia sememangnya tidak menghormati kamu.

“BOS KRITIK SAYA DEPAN RAKAN SEKERJA LAIN.”

Dalam situasi begini, kamu seharusnya kekal tenang. Jangan kelihatan takut atau bersikap defensif. Selepas kejadian tersebut, daripada kamu menyumpah seranah bos, minta dia jelaskan (secara peribadi) perkaraperkara yang dilakukannya sebentar tadi. “Embrace constructive criticism,” kata Kim. “Jika kamu anggapnya umpama ‘hadiah’, kamu akan berkembang dan bertambah baik.” Cuba bersetuju dengan sekurangkurangnya satu perkara – yang boleh buatkan bos kamu boleh terima apabila kamu katakan sesuatu seperti, “Ini amat membantu. Boleh kita berbincang lebih lanjut pada waktu lain apabila kamu mempunyai feedback”.

DENGAN MENEGASKAN TUGASAN SERTA KERJA KAMU AKAN MENGINGATKAN DIA APAKAH TUGASAN SERTA JAWATAN SEBENAR KAMU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.