Cosmotize Me Jalan Pintas Untuk Kening Lebih Cantik

Kamu pasti setuju apabila keningmu cantik, seluruh wajah nampak lebih menarik!

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

1 MULA DENGAN SUDUT DALAM MATA

Berus kening dengan spooley (macam kamu sikat rambut, mengikut arah kening semula jadi) kemudian sapu dengan berus serong satu warna lebih cerah, dari pangkal ke pertengahan bulu kening mengikut arah semula jadinya. Pastikan tak terkeluar dari garisnya.

2 BERTUKAR ARAH

Bermula daripada puncak kening ke hujung, luruskan berus dan sapu (sama juga mengikut arah semula jadi kening). Jangan risau jika kamu tak suka guna berus dan pewarna kening jenis powder. Guna pensel pun boleh tetapi pastikan kamu adun dengan spooley selepas itu.

3 ISIKAN BAHAGIAN LOMPONG

Jika kamu ada parut atau bahagian yang nampak kosong, kamu boleh tambah warna di bahagian itu agar nampak sama. Untuk pastikan ia bertahan, pedapkan sedikit brow powder yang sama warnanya di situ. Jangan lupa bandingkan kening kiri dan kanan pastikan sama.

4 SET THEM IN PLACE

Adunkan warna dengan berus spooley kemudian semburkan sedikit hairspray pada berus dan lalukan sekali lagi pada kening. Kalau kamu rajin, guna sedikit penyamar atau bedak asas pada garis luar kening untuk serlahkan lagi bentuknya (tak rajin tak apa). Tambah maskara, blusher dan juga glos… Siap!

Benefit Ka-Brow!, RM125 Dior Addict Lip Glow 006 Berry, RM120 SELEPAS

SEBELUM

Nars Love Blush, (harga tidak dinyatakan)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.