Cosmo Quiz

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

1 Bila si dia menawarkan diri untuk menjemput kamu di rumah, kamu:

a. Cadangkan naik Uber saja. Kuranglah sikit rasa janggal sebab ada orang lain bersama.

b. Selit sarung tangan dalam beg kamu. Manalah tahu kena bersihkan habuk atau kotoran di tempat duduk penumpang nanti.

c. Terus mendesak yang kamu nak memandu. Kamu mahu kawal semuanya sendiri – km/j,

aux cord dan suhu pendingin hawa.

2 Sewaktu sesi janji temu, kamu tak henti tertanya-tanya:

a. Adakah peluh dari tapak tangan kamu melekat di baju si dia ketika kamu menyentuh lengannya tadi.

b. Sama ada soalansoalan kamu mengenai bekas teman wanitanya itu melampaui batas!

c. Kenapa sampai sekarang pun kamu masih tak pasti apakah pekerjaan sebenar si dia.

3 Di sesi makan malam romantis, kamu bercadang untuk pesan:

a. Sushi. Kamu boleh terus sumbat California roll dalam mulut bila tak mampu jawab soalannya yang macam-macam nanti.

b. Spaghetti. Percikan sos semasa makan akan jadikan kamu ‘bahan’ untuk sesi gelak ketawa.

c. Steak for two – kamu tahu apa kamu mahu. Kalau si dia vegan sekali pun, pasti dia akan bertukar selera tak lama lagi...

4 Apa yang kamu sarungkan ke sesi janji temu:

a. Baju turtleneck – senang nak sorok muka kalau malumalu nanti.

b. Kemeja-T yang tertera slogan ‘I’m With Stupid’.

c. Anting-anting mewah tinggalan nenek moyang kamu dengan harapan dia akan bertanya tentang sejarah latar belakang keluargamu yang epik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.