Produk Biola Organic Skincare

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Biola Organic Skincare yang ditubuhkan pada tahun 1990 menawarkan rangkaian penjagaan kulit yang menggunakan lebih 95 peratus kandungan herba dan buah-buahan organik. Ia merupakan jenama pertama dan satu-satunya di Hungary yang menghasilkan produk dalam pusat tanaman milik sendiri tanpa kandungan petrokimia, sintetik mahupun bahan pengawet serta tidak diuji ke atas haiwan. Syarikat milik keluarga ini mengeluarkan produk biodinamik dan organik yang diperakui dengan menggabungkan kepakaran sains moden serta ilmu herba tradisional dari naturopati. Produk yang dihasilkan adalah buatan tangan dan diberi penjagaan rapi. Sehingga hari ini, Biola Organic Skincare sudah pun mempunyai lebih daripada 280 produk yang terdiri daripada rangkaian profesional juga rangkaian penjagaan di rumah. Untuk maklumat lanjut, kamu boleh layari laman web rasmi Biola di www.mybeautycottage.com.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.