dari meja editor

Cosmopolitan (Malaysia) - - EDITORIAL - Nisa’ Halid Editor

P asti ada di antara kamu yang sudah melihat video daripada 30 majalah di bawah naungan BluInc di platform media sosial kegemaranmu. Bagaimana perasaan kamu setelah menontonnya? Saya? Mestilah teruja dan berbangga kerana dapat berkumpul dan bersama-sama Editor majalah wanita yang saya kagumi. Bukan itu saja, Editor lelaki juga turut serta meraikan hari istimewa wanita sedunia tahun ini. How sweet! ( Info lanjut tentang Hari Wanita Sedunia di halaman 58)

Untuk kamu yang sudah menontonnya, pasti kamu tahu perkataan yang menjadi pilihan saya. Sebabnya? Happy people are more productive! Setuju? Lagipun dunia memerlukan kegembiraan, apatah lagi kegembiraan yang datangnya daripada wanita. Kebelakangan ini Cosmo telah hasilkan banyak video, kami berharap kamu tidak terkecuali menonton video #socosmo bulan ini. Nana Mahazan dan Diana Nasir turut berkongsi makna kegembiraan buat mereka. Lihat Cosmo Special di halaman 72 untuk kamu lebih mengenali dua wanita hebat ini.

Selain kegembiraan dan Hari Wanita Sedunia, Mac ini, Cosmo turut menampilkan seorang lagi wanita hebat bersuara emas, Hailee Steinfeld sebagai penghias muka depan. Bintang Pitch Perfect 3 ini miliki aura yang diidami wanita dan digilai jejaka. Comel, feminin dan seksi dalam masa yang sama. Ikuti trivia menarik yang sempat Cosmo cungkil di halaman 20. We bet you will be amazed!

Walaupun Mac adalah bulan istimewa untuk wanita, Cosmo tak akan melupakan si jejaka. Well we are the expert on decoding them,right? Kami tampilkan Caprice sebagai The Cosmo Guy bulan ini. Terus ke halaman 52 untuk kamu kenali bintang yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Idea dan pendapatnya menjadi pendorong juga idola anak muda agar terus berjaya. Job well done, Caprice! P’s: Happiness looks gorgeous on you! So, Be Happy.

1. Kini, merah jambu sudah boleh menggantikan warna hitam dan putih. Ikuti tip fesyen di halaman 34. 2. Team Cosmo bergoyang sakan di kelas tarian Maybeline di Babel.fit, gimnasium paling hip di TTDI, Petaling Jaya. Rugi kalau tak singgah. 3. Emma...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.