Saya memakai solekan tebal setiap hari dan sering bermasalah membersihkan eyeliner dengan baik. Ia sering tinggalkan kesan pada bawah mata seperti lingkaran gelap walaupun menggunakan eye makeup remover.

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY -

Perkara ini biasa jika pembersih solekan tidak cukup bagus membersihkan solekan. Kamu tak cuba pembersih minyak atau minyak bayi? Cleansing oil sangat berkesan membersihkan solekan malah membersihkan wajah kerana molekulnya yang sangat halus mampu membersih hingga ke dalam liang-liang pori. Cuba Shu Uemura Porefinist² Sakura Refreshing Cleansing Oil 150ml, RM130 yang terkini di dalam rangkaian pembersih minyak jenama itu. Ia telah dipertingkat dengan molekul minyak yang paling halus untuk membersihkan solekan paling degil selain memastikan tiada yang tersumbat di dalam liang pori.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.