Cosmo Tips

Cosmopolitan (Malaysia) - - THE BUZZ -

1. SAIZ YANG BETUL

Kamu pakai selepas siap solekan mata dan sebelum memakai maskara. Ukur dulu pada mata sebelum lekat dan gunting yang berlebihan pada hujung luar bulu mata.

2. GUNAKAN GAM

Letak gam sepanjang garis bulu mata palsu dan tunggu dalam 20 saat bila gam agak-agak melekit dan lekatkan. Jika terlalu basah, hujung bulu mata mudah terangkat.

3. LEKAT DENGAN KEMAS

Guna tweezer atau hujung berus solekan untuk lekatkan bulu mata betul-betul pada garis bulu mata asli bermula dengan bahagian tengah kemudian bahagian sudut dalam dan luar. Tolak dan lekat dengan kemas.

4. SATUKAN

Jurusolek selalunya akan kepit bulu mata palsu dan bulu mata asli bersama untuk pastikan tiada ruang di antaranya. Dan selepas lebih kurang seminit bila gam sudah betul-betul kering, kamu boleh layangkan maskara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.