The Cosmo Guy Hafeez Mikhail

Ketika penggambaran ini berlangsung, drama Tiada Arah Jodoh Kita sedang hangat trending setiap hari. Watak Megat Wakeel yang menghidapi kanser diberi penghayatan yang cukup baik oleh jejaka berusia 26 tahun ini. Ehem, si kacak ini ditemani sang kekasih se

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

BUKAN BINTANG BARU

“Saya akui, ramai tidak tahu saya mula berlakon seawal usia 15 tahun. Sewaktu itu, saya terbabit dengan drama bersiri untuk saluran 8TV,” katanya memulakan bicara. Kemudian sepi seketika? “Bukan sepi. Tapi, saya mahu fokus pada pelajaran kerana waktu itu masih bersekolah. Pendidikan tetap diutamakan walaupun mencari rezeki dalam industri seni. Saya buat come back pada 2012 dan terus aktif hingga hari ini dan harap akan kekal selamanya ( ketawa).”

Nampaknya sudah hampir 10 tahun Hafeez berada dalam bidang seni. Siapa agaknya idola Hafeez untuk terus bertahan dalam industri ini? “Pendapat saya, anyone who is successful. Mesti Cosmo tak percaya, kerana idola saya adalah nenek saya. Dia adalah inspirasi, penyokong dan dia single parent yang masih bekerja walaupun sudah berumur. Dari situ, saya belajar untuk bekerja keras dalam apa yang saya lakukan dan seikhlas hati,” ujarnya panjang lebar. Cosmo tergamam seketika kerana idola Hafeez adalah a real fearless woman!

KEMBANGKAN BAKAT MENYANYI

Hafeez mengakui dia pernah menjadi penyanyi jalanan kerana ingin mencari pengalaman sebagai penghibur. Siapa sangka, aktiviti busking yang dilakukannya mengundang kritikan peminat dan ada antara mereka menyangka Hafeez sudah tiada tawaran berlakon. “Semua orang pun suka menyanyi dalam bilik air atau ketika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas,” ujarnya mengusik. Katanya, filem Busker adalah salah satu pencapaian terbesar di dalam hidupnya.

“Dalam filem tersebut saya kena menyanyi, jadi ramai berfikir ia lebih kepada seni nyanyian berbanding lakonan. Walaupun sebenarnya dalam filem itu saya pelakon yang kena menyanyi. Pendek kata, Busker adalah cerita tentang cinta remaja, lebih kurang seperti Ada Apa Dengan Cinta cuma lebih tone down dan lebih muzikal.” Kata Hafeez, Busker yang ditayangkan di pawagam Januari lalu ini adalah filem cinta yang berdasarkan muzik.

CABARAN BERLAKON FILEM

Semua tahu, Busker adalah lakonan pertama Hafeez dalam filem kerana sebelum ini rezekinya lebih kepada drama. Apa agaknya cabaran yang dilaluinya? “Ya, ini adalah pengalaman pertama saya dalam filem, jadi segala aspek perlulah sempurna. Tak dinafikan, saya masih mentah dalam industri ini, jadi kena pergi kelas muzik untuk belajar dan berlatih kerana tidak pernah ada pengalaman bermain alatan muzik. Kesemua pelakon terlibat berlatih untuk filem ini selama dua bulan. Paling penting, saya bekerjasama dengan kumpulan produksi yang sangat bagus. Hasilnya? Sempurna sebab ada teamwork yang hebat,” ujarnya lagi.

“Untuk membuatkan keluarga tersenyum dan bangga dengan kerjaya saya adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan selamanya,” tambahnya. Kata Hafeez, dia mahu semua anak muda terus bangkit dan majukan diri dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Jangan pernah mengalah, g , okey? y “UNTUK AN MEMBUATK KELUARGA DAN TERSENYUM BANGGA DENGAN KERJAYA SAYA ADALAH SATU AN PENGALAM YANG TIDAK BOLEH DILUPAKAN YA. ” SELAMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.