Cosmo Investigates Stop Buli Siber Hari Ini!

Kini, semakin banyak kes buli siber yang akhirnya membawa padah kepada mangsa. Tiba masanya kamu berhenti bermain watak mangsa dan step up dengan bertindak sewajarnya.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS - Oleh Iqa Norhizam

Sticks and stones may break bones, but words can hurt too! Kita semua tahu kegiatan buli tidak hanya fokus atau cenderung kepada fizikal sahaja. Buli emosi dan siber juga boleh memberi impak yang besar kepada mangsa tanpa tanda kecederaan fizikal. Sekitar pertengahan tahun 2017 sehingga kini, beberapa kes buli siber berat telah dilaporkan di dalam akhbar tempatan. The Star antaranya, melaporkan perihal kes kanak-kanak berusia sembilan tahun yang bercadang untuk bunuh diri dek terkesan dengan katakata di laman Facebook.

Mei tahun lalu, seorang pelajar berusia 20 tahun dilaporkan terjun dari tingkat 17 di Georgetown, Pulau Pinang. Mangsa, dikatakan bergelut dengan pengajiannya dan juga antara mangsa buli siber. “Dengan kehadiran media sosial dan internet, pembuli kini boleh ‘ikut’ kamu balik rumah dan ‘baring’ bersama di atas katilmu,” kata Nicholas Foong, Pengarah Perkhidmatan di Yayasan Generasi Gemilang. Dek kerana ramai belia cenderung menghabiskan masa online, ia mudahkan pembuli untuk menyerang mangsanya setiap masa, sepanjang hari. “Bullies can reach you 24/7. Apabila kamu di rumah selepas balik kerja, mereka boleh hantar mesej, gambar dan sebagainya kepadamu atau sebarkan di internet. Victims do not get a rest,” katanya.

Jangan terus jadi mangsa. Take charge and act now!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.