Fun Fearless Female Jasmine Suraya Chin

28, PENGACARA SUKAN & PELAKON

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Gadis kelahiran Sarawak ini bukanlah your typical beauty-withbrain-kinda-girl. Sifatnya bukan saja merendah diri dan sentiasa menghormati orang lain, malah setiap perkataan yang keluar dari mulutnya mempunyai isi.

Tidak ramai wanita memilih untuk jadi pengacara sukan. Mengapa kamu memelopori bidang ini? Sebenarnya kerjaya ini datang tanpa diduga. Ketua jabatan sukan berminat mengambil saya untuk mengacara liga bola sepak Malaysia selepas menonton video ulasan saya semasa perlawanan badminton di antara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan. Walaupun ragu-ragu, saya rebut peluang tersebut dan belajar dari mula. Setiap hari saya akan baca dan buat kajian tentang pasukan bola sepak, pemain, statistik perlawanan dan bermain sebagai football manager untuk tahu lebih lanjut mengenainya.

Apakah cabaran yang dihadapi dan bagaimana kamu atasinya? Saya akui, bidang ini dianggap sebagai bidang lelaki dan ramai menganggap wanita sebagai ‘bunga’ di padang semata-mata untuk mewarnai skrin televisyen. Bagi saya, biarlah mereka ada persepsi itu. Apa yang penting adalah tolak tepi persepsi tersebut dalam minda, lakukan tugasan yang diberi sebaik mungkin dan sentiasa belajar untuk menjadi yang terbaik.

Perkataan ‘bimbo’ sering dilemparkan kepada wanita. Bagaimana kamu mahu ubah persepsi tersebut? Jika benar kamu seorang ‘bimbo’, be proud of yourself tapi kamu juga perlu bantu diri sendiri dengan lebihkan membaca dan terapkan kesedaran diri. Jika kamu bukan ‘bimbo’ tapi ramai gelar kamu sebegitu, be proud of it as well! Kamu tidak perlukan individu lain untuk menilaimu, kamu hanya perlu cintai diri sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.