Travel Ada Berani?

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Cosmo senaraikan taman tema paling ekstrem dan menggerunkan di dunia untuk cabar keberanian kamu. Check it out!

1 Lihpao Land, Taiwan

Ketinggian roller coaster Gravity Max ini 35 meter dari paras tanah dan berhenti secara tibatiba di puncak dan menukar kedudukan sehingga 90 darjah sebelum meluncur laju. Jika kamu ada darah gemuruh, pertimbangkan baik-baik sebelum menaikinya okey.

3 Six Flag Great Adventure, New Jersey, Amerika Syarikat Kingda Ka roller coaster menggunakan pelancaran hidraulik yang memecut sepantas 206km sejam dalam masa 3.5 saat. Bayangkan! Siapa yang takut dengan kelajuan, Cosmo tak sarankan kamu mencubanya.

2 Ferrari World Abu Dhabi, UAE Formula Rossa merupakan roller coaster terpantas di dunia iaitu 240km/j (150mph) dengan landasan sepanjang 2.2 kilometer. Juga taman tema pertama yang bertemakan Ferrari.

4 Cedar Point, Ohio, Amerika Syarikat Top Thrills mampu mencapai kelajuan 193km/j kurang dari empat saat saja. Walaupun bukan roller coaster tertinggi di dunia, tapi ia mempunyai trek turun dengan kecuraman tertinggi iaitu 499 kaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.