Uncensored & Unstoppable

Bermula sebagai penari tiang kemudian menjadi sensasi internet dan artis rakaman, dia cukup terkenal dengan komen tak berlapik yang sangat rare, walaupun dalam dunia muzik rap. Dalam temu bual eksklusif ini, dia lantang meluahkan pandangannya tentang gera

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Cardi B IS NOT INA GOOD MOOD.

Dia tiba pada waktu makan tengah hari di Manhattan dengan memakai

hoodie berwarna kuning dan kot bulu paras buku lali. Wajahnya agak sugul.

Cosmo hulurkan tangan untuk bersalam, namun disambut dengan pelukan penuh tertib, seperti seorang cucu yang dipaksa memeluk neneknya.

Ini bukanlah personaliti yang dijangka oleh 18 juta pengikutnya di Instagram, atau karakter yang kami kenali dari video tentang nasihat perhubungannya yang menjadi viral beberapa bulan lalu. Dia adalah wanita yang mempunyai pandangan pendapat tersendiri.

Selepas temu bual ini, Cardi (aka Bacardi, Bardi B) akan menuju ke Los Angeles, di mana katanya, makanan di sana semuanya teruk. Dia nampak riang seketika bila mendapat panggilan daripada ibunya – “Hello,

motherly love!” dan sempat bermanja di telefon – sebelum moodnya kembali muram. Dia menghabiskan sepanjang malam sebelumnya online, mempertahankan dirinya untuk menjadi diri sendiri: Gadis berani dari Bronx yang mungkin memerlukan pelekat Parental-Advisory. Dan pada ketika ini, dia sudah penat memikirkan yang dia perlu memberi respon kepada semua soalan, kritikan, hari ini, esok dan seterusnya...dan mungkin sepanjang kerjayanya.

Terlalu banyak yang berlaku sejak popularitinya mendadak. Pertama, rancangan realiti TV dua musim,

Love and Hip Hop di mana keberanian dan kelantangannya menarik perhatian peminatnya. Kemudian, Bodak Yellow dihasilkan. Lagu yang sangat berpengaruh uh ini dimainkan di setiap kelab dan n stesen radio musim panas lalu, menjadikan adikan Cardi sebagai rapper wanita solo olo pertama yang menjuarai Bilboard oard 100 sepanjang 19 tahun (dia mengambil ambil alih tempat Taylor Swift sebagai gai penyanyi nombor satu). Awal tahun ini, dia tersenarai dalam Spotify ify Top 50, menduduki tiga daripada empat lagu paling popular di negara tersebut: Duet bersama Bruno Mars dalam alam lagu

Finesse, lagunya sendiri Bartier ier Cardi, dan kolaborasinya bersama G-Eazy,

No limit ( lagu yang berkisar tentang seks). Kemudian, dia memenangi lima anugerah BET, dua pencalonan Grammy, dan peningkatan jumlah pengikut media sosial yang tidak terkira banyaknya.

Tidak dinafikan lagi Cardi merupakan artis terkenal ketika ini. Jika kamu buat carian namanya di Twitter – which she does sometimes, sama seperti kita semua – kamu akan jumpa pujian tentang muzik terbarunya, juga gambar tatu bertemakan Cardi daripada peminat yang merayu agar dia follow back. Kamu juga akan jumpa ramai haters yang bercakap buruk tentang personalitinya, nyanyiannya, perhubungannya. Mereka mengatakan mereka marah dan kecewa dengannya. Tapi apa yang mereka lupa adalah Cardi B memilih untuk menjadi

rapper, bukannya menjadi kawan kepada semua orang.

“Y’all Going To Respect Strippers”

Kehidupan Cardi sering diibaratkan seperti kisah si miskin yang berubah menjadi kaya, seolah-olah dia tidak gembira (dan memiliki wang yang banyak) sebelum bergelar rapper. Dia dilahirkan di kota New York pada 1992, ibunya berasal dari Trinidad manakala bapanya dari Dominican. Dia melanjutkan pelajaran di performing-arts high school, kemudian ke kolej sebelum berhenti, dan mula bekerja di sebuah kedai runcit di Manhattan. Tidak lama selepas itu, pengurus kedai mencadangkan agar dia cuba mencari pekerjaan di kelab New York Dolls

yang terletak hanya di seberang jalan, which she did.

Banyak yang telah dia lalui ketika bekerja di sana, tapi Cardi memberitahu dia tidak menyesal dengan keputusannya untuk menjadi penari tiang. “Orang selalu bertanya, ‘Kenapa kamu jadi penari tiang?’” katanya. “Takkanlah saya nak jawab, ‘Oh, sebab nak tinggalkan teman lelaki saya sekarang, jadi saya terpaksa cari duit sendiri.’” Tapi hakikatnya, dia meraih pendapatan yang banyak – sebab itulah dia tidak segan bercerita tentang kisah silamnya. “Ramai berkata, ‘Kenapa kamu suka beritahu orang yang kamu pernah jadi penari tiang? We get it.’ Sebab kamu semua tak hormati saya, dan kamu semua kena hormati penari tiang bermula dari sekarang.”

Ini antara perkara yang membuatkan Cardi terganggu. Masyarakat langsung tidak menghormati penari tiang. Ketika dia mahu menyuarakan pendapat tentang isu-isu yang dekat di hatinya – keganasan pihak polis, masalah perkauman di Amerika – ada yang menuduhnya berbuat demikian semata-mata untuk meraih publisiti. Masyarakat tak henti-henti mempersendakan adakah dia benarbenar wanita berkulit hitam (“Wajah

“HANYA KERANA SESEORANG ITU BEKERJA SEBAGAI PENARI TIANG, TIDAK BERMAKNA DIA tak bijak.”

saya, hidung, mulut, warna kulit, tekstur rambut – takkanlah saya lahir daripada ibu bapa berkulit putih?”). Katanya apa yang menyedihkan, wanita yang mempunyai latar belakang sepertinya mungkin tidak akan mendapat peluang yang sama dalam masa terdekat ini. Walaupun teruja melihat masyarakat begitu prihatin mengenai gangguan seksual di Hollwood, dia sangsi bahawa gerakan #MeToo akan bawa perubahan yang banyak dalam dunia

hip-hop, lebih-lebih lagi apabila seksualiti wanita digunakan sebagai tarikan utama untuk tujuan komersial. “Sudah ramai wanita memperkatakan tentang hal ini melalui video tapi tak ada siapa ambil peduli,” katanya. “Bila saya cuba luahkan pandangan, orang akan berkata, ‘Kamu nak jadi penghias muka depan majalah?’ Kemudian mereka akan ambil kesempatan secara seksual. Saya yakin kalau salah seorang daripada wanita-wanita ini menentang, orang akan berkata, “So what? You’re a ho. It don’t matter.’” Buat lelaki yang menyokong #MeToo secara terbuka, Cardi turut berasa sangsi. “Mereka ini adalah golongan penerbit dan pengarah. Mereka bukan benar-benar mahu menyokong, mereka lakukannya kerana takut.”

“I Am Not Your Property – This Is My Life”

Bagi wanita ‘bermulut laser’ yang namanya meningkat naik secara mendadak, ia sesuatu yang

“SAYA PILIH UNTUK BERSAMA TEMAN LELAKI SAYA, DAN SAYA TAK PERLU JELASKAN kenapa.”

mengecewakan bila dia dijangka untuk menjaga tutur kata dan menerima saja komen negatif daripada orang ramai. Peminat-peminatnya yang kian bertambah boleh jadi tak berhati perut – mencemuh dan mengejinya 24/7 di semua online

channel miliknya. Ia seperti di zaman sekolah menengah, katanya. “Semua orang ada kepercayaan dan agama berbeza, dibesarkan dengan cara berbeza, tapi kamu juga kena berhatihati agar tak melukai hati orang lain. Setiap orang ada pandangan sendiri terhadap semua perkara. Kamu perlu tapis mana yang terbaik.”

Perkara yang lebih mengejutkan berlaku dalam kehidupan peribadi Cardi adalah berkaitan teman lelakinya, Offset. Oktober tahun lalu,

rapper daripada kumpulan Migos itu melamar Cardi di konsert Power 99 Powerhouse. Ketika sedang membuat persembahan, Offset muncul di atas pentas dan menghulurkan cincin. Cardi melompat bagaikan dirasuk dan itu adalah momen paling gembira buatnya. Dua bulan kemudian, video Offset bersama wanita lain tersebar.

Cardi mengambil keputusan untuk tetap bersamanya tetapi terpaksa merahsiakan kenapa dia berbuat demikian. “Saya rasa seperti leher dicekik-cekik dengan soalan, Kenapa kamu tak nak tinggalkannya? Kamu tak ada harga diri.’ Siapa kata saya tak ada harga diri? I know I look good. Saya tahu saya kaya, saya tahu saya berbakat. Saya tahu saya boleh dapat mana-mana lelaki yang saya nak – pemain bola keranjang, pemain bola sepak. Tapi saya pilih untuk bersama teman lelaki saya, dan saya tak perlu jelaskan kenapa. Saya bukan aset kamu. Ini kehidupan saya.”

Dia juga bertanya, pernahkah mereka yang membuat tuduhan itu berkorban atas nama cinta? Atau mereka hanya pernah bercinta dengan lelaki sempurna yang melayan mereka bak bidadari dari syurga, yang menghubungi mereka setiap malam, mempunyai kewangan yang kukuh, dan memberi layanan yang hebat? “Sejak bila mereka semua bercinta dengan paderi?” tanya Cardi. “Saya akan ambil masa, dan saya akan buat keputusan sendiri. Tak ada siapa pun antara mereka ini yang akan peluk saya sampai tertidur atau lap tangisan saya bila menangis, jadi tolong jangan sibuk, biarkan saya urus hal sendiri. Memang apa yang teman lelaki saya lakukan tu tak betul – tapi mereka tak tahu pun apa yang saya pernah buat, uat, sebab saya bukannya malaikat.”

“I Felt Powerful. I Felt Free”

Di akhir temu bual kami, mood Cardi sedikit ceria dan dia sempat berjenaka. enaka. Populariti ekstrem bukanlah semuanya tak baik, katanya. “Mempunyai lagu yang menduduki carta teratas memang buat saya gembira, tapi bekerja keras untuk menghasilkan lagu tersebut lebih membuatkan saya gembira.” Dan tak hairanlah ramai orang ternama yang pernah dikaguminya kini berpusupusu mahu berjumpa dengannya. Dan dia tak berhajat untuk mengikut jejak langkah mereka. Bila ditanya siapakah yang menjadi sumber inspirasinya untuk berjaya, dia berkata, “Semestinya bukan artis, sebab saya tak tahu pun kehidupan mereka.”

Sebaliknya, dia memilih ibunya dan sepupunya, Marlene yang meluangkan masa berjam-jam setiap hari untuk bekerja, membesarkan anak seorang diri, dan menanggung semua bil sendirian untuk menyara kehidupan. “Saya takkan mampu lakukannya sendiri dan akan terus mencari sugar daddy,” selorohnya sambil ketawa.

Cardi juga menyara hidupnya sendiri, dan dia tahu betapa bertuah dirinya walaupun kerjayanya sebagai selebriti agak memenatkan. “Saya tak nak digelar seperti tak reti bersyukur pula, tapi ia memang memenatkan. Saya suka kerjaya sekarang, tapi dulu jiwa saya lebih bebas. Bila saya menari di kelab malam, saya rasa seronok. Saya rasa berkuasa. Saya rasa bebas.”

Beberapa minggu selepas pertemuan kami, Cardi menulis di Twitter yang dia akan mengkritik orang terkenal atau sesiapa saja yang cuba menahan kelantangannya bila bersuara. Betullah seperti apa yang dikatakannya kepada Cosmo: “Jika saya berubah, saya akan hilang keperibadian diri, dan takkan boleh gembirakan diri sendiri.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.