3 Cara Wajah Mekar Berseri

Solekan seolah tak naik serinya tanpa pembayang pipi dan kening yang dilukis kemas, kerana itulah Cosmo nak kongsi produk pelengkap ini dengan kamu.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

IN2IT menampilkan tiga produk terkini untuk solekan yang lebih berseri dan lengkap. Selain cantik dan mudah untuk digunakan, harganya juga mampu milik. Jom!

Sheer Matte Blush

Efek kilau-kilauan not your thing? Pembayang pipi dengan efek matte ini akan menyempurnakan solekanmu dengan pemakaian bertahan lama, kalis air serta dirumuskan tanpa pewangi. Bedaknya yang halus serta berpigmen tinggi memberi hasil layangan warna yang jelas, mudah untuk kamu hasilkan bayangan pada pipi untuk menyerlahkan kontur. Ia juga diperkaya dengan vitamin dan ekstrak madu untuk mengekalkan lembapan dan menyihatkan kulit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.