Pertembungan Air Dan Kayu

Kamu mungkin takkan jatuh cinta kepada si pemakainya tetapi akan terbayang-bayangkan aroma maskulin adunan kuasa air bersama kehalusan tekstur kayu ini…

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

O h! Tetapi kami tak boleh jamin kamu tak jatuh cinta jika yang memakai wangian lelaki sensual ini sekacak model wangian Acqua Di Giò Absolu ( lihatlah renungan matanya itu!)

Acqua Di Giò Absolu merangkumi hubungan sensual antara manusia dan alam. Wangian baru ini memberi penekanan kepada intipati air dan peranannya yang penting dalam dunia semula jadi; kedalamannya, kekuatannya serta keamatannya. Ini adalah dunia yang dilihat menerusi mata Giorgio Armani, di mana penyatuan air dan kayu membawa kita dalam perjalanan ke dunia maskulin yang tiada had masa, merangkul kesedaran yang lebih mendalam.

KEAJAIBAN NOTA- NOTA SENSUALNYA…

Dengan Acqua Di Giò Absolu, Alberto Morillas telah mencipta adunan segar menggunakan nota marin dan patchouli.

Patchouli memberikan keseimbangan sempurna antara aroma akuatik dan kayu. Untuk Acqua Di Giò Absolu, patchouli diambil dari Guatemala dan digunakan dalam kualiti nada berbeza. Aroma daripada daunnya mempunyai kekuatan serta kedalaman yang sama dengan kayu. Bagi Acqua Di Giò Absolu, adunan kayu dan kesegaran akuatik menjadikan patchouli bahan semula jadi yang sempurna. Apabila dibentuk oleh Alberto Morillas, ia mencetuskan keseimbangan antara keserian dan misteri, bayangan dan cahaya, kesegaran serta sensualiti.

Sukar untuk kamu membayangkannya? Kamu hanya perlu pandang model Acqua Di Giò Absolu, Jason Morgan. Dialah jelmaan nilai-nilai wangian ini, melambangkan setiap intipati dengan sempurna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.