Puteri Aishah

24, PELAKON

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Mempunyai Diploma dalam Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Puteri Aishah layak diberikan takhta ‘beauty

with brain’. Pelakon cantik ini juga pernah menjadi guru pelatih di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Bagaimana kamu atasi komen negatif daripada netizen dan mengubahnya menjadi positif? I will block them, kerana saya tak perlukan apa jua bentuk negativiti dalam hidup. Fokus saya adalah untuk kekalkan gaya hidup sihat dari segi mental, fizikal dan emosi kerana ia akan beri satu kehidupan yang lebih positif. Bagaimana kamu mengurus masa agar kehidupan peribadi dan kerjaya seimbang? I will plan my schedule. Perancangan masa amat penting dalam kehidupan seharian agar kamu lebih teratur dan fokus. Bila jadual teratur, ia dapat seimbangkan kehidupan peribadi dan kerjaya saya. Apakah definisi love yourself buat kamu? Menjaga penampilan, kebersihan diri, motivasi diri sendiri dan menjadi yang terbaik sudah cukup membuktikan I love myself. Tapi tak adalah sehingga self-obsessed pula okey. Jika diberi peluang, apakah perkara perihal wanita yang mahu kamu ubah? Saya paling tidak suka melihat wanita menjatuhkan sesama sendiri. Wanita seharusnya menyokong dan empower satu sama lain. Pendapat saya, wanita dengan sikap seperti itu adalah jauh lebih seksi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.