APAKAH KEBAIKANNYA?

Cosmopolitan (Malaysia) - - BODY | HEALTH -

Mungkin di tempat awam, kamu akan dianggap kurang sopan jika bersin secara terbuka. Tapi dari segi kesihatan, ia berikan banyak manfaat buat tubuhmu. Tidak salah bersin di tempat awam, yang penting tutup hidung dan mulut kamu!

Ia membersihkan hidung

Bersin merupakan reaksi spontan tubuh untuk membersihkan lubang hidung daripada bendasing mahupun kotoran. Ia menghembus partikel kotor dari paru-paru melalui hidung atau mulut.

Ia restart tubuh

Pada saat kamu bersin, otot-otot di wajah menegang dan jantung akan berhenti sementara kerana refleks tubuh daripada perbuatan tersebut. Setelah selesai, jantung akan berdenyut semula dan kembali normal.

Ia menyingkir bakteria

Bersin menyingkir sekitar 40,000 bakteria yang selama ini terkumpul atau terperangkap dalam hidung, mulut serta paruparu. Pernah tak telinga kamu terasa gatal semasa atau selepas bersin? Ini disebabkan impak kelajuan bersin terhadap telingamu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.