Conrad Maldives Rangali Island

Harga satu malam: Bermula dari RM3,900

Cosmopolitan (Malaysia) - - LIFESTYLIST | HOTSPOT -

Teruja rasanya melihat laut biru Maldives dari tingkap seaplane sebelum tiba di penginapan tiga hari dua malam Cosmo di Maldives. Sebaik tiba, kami disambut dengan

welcome drinks sambil sejukkan mata melihat keindahan pulau peribadi milik empayar perhotelan iaitu Hilton. Tak dapat dinafikan, di sini terdapat terlalu banyak spot terbaik untuk bergambar! Memilih Deluxe Water Villa dengan kolam renang peribadi, perkara pertama yang kami lakukan setibanya di penginapan adalah terjun ke dalam laut menerusi tangga di tepi setiap vila. Asyiknya

snorkeling bersama jerung, penyu dan banyak lagi hidupan laut lain. Tahukah kamu, Conrad mempunyai underwater restaurant, bayangkan kamu menikmati makanan sambil melihat hidupan laut di sekeliling kamu, amazeballs!

Cosmo sempat berlayar di sekitar pulau Rangali sambil melihat ikan lumba-lumba serta keindahan saat matahari terbenam. What a perfect getaway...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.