The Pavilions Phuket

Harga satu malam: Bermula dari RM400

Cosmopolitan (Malaysia) - - LIFESTYLIST | HOTSPOT -

Bulan madu adalah waktu terbaik untuk kamu dan pasangan meluangkan masa bersama dan cipta kenangan terindah yang akan kamu ingat sampai bilabila. Cosmo ke Phuket, Thailand, antara destinasi bulan madu yang cukup popular di Asia Tenggara untuk rasai sendiri pengalaman berhoneymoon di The Pavilions Phuket yang terletak di puncak bukit. Kami cadangkan kamu pilih Ocean View Pool Villa yang mempunyai infinity pool berhadapan dengan pantai Layan Beach dan Andaman Sea, jadi bolehlah kamu nikmati sunset dan sunrise di bilik!

Lebih menarik, The Pavilions Phuket juga menawarkan in room couple spa dan barbeku di dalam bilik untuk waktu lebih romantis. Terdapat tiga jenis restoran dan bar untuk memenuhi selera gastronomi berbeza iaitu The Plantation yang bercirikan kolonial dengan cita rasa Thai, Firefly yang menghidangkan masakan kontemporari grill Mediterranean dalam gaya al fresco, dan 360° Bar buat pengunjung yang mahu menikmati moktel sambil menikmati panorama indah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.