SESI SHOPPING SAKAN DIGHPO!

Di mana ada perkataan sale atau jualan murah, pasti ia menjadi lokasi tumpuan hangat. April lalu, Cosmo bersama 40 pembaca setia mengunjungi Genting Highlands Premium Outlets untuk sesi yang paling digemari kaum wanita: Shopping!

Cosmopolitan (Malaysia) - - LIFESTYLIST | HOTSPOT -

Setelah selesai sesi pendaftaran yang bermula jam sembilan pagi, perjalanan dimulakan dengan menaiki bas menuju ke Genting Highlands Premium Outlets. Sesi kali ini terasa sangat meriah, seakan mengembalikan nostalgia rombongan sekolah! Tambah seronok bila peserta semuanya sporting belaka. Setibanya di sana pada jam 11.30 pagi, dengan segera peserta check-in di hotel berdekatan untuk segarkan diri sebelum memulakan aktiviti yang ditunggu-tunggu – sesi berbelanja! Lebih tak sabar bila dapat tahu GHPO menawarkan diskaun hebat sehingga 70 peratus. Pasti rambang mata!

Membeli-belah dengan perut lapar pasti kacau mood, kan? Jadi para peserta singgah menjamu selera di Baba Nyonya by Sambal Chili terlebih dahulu, kemudian mulakan sesi beli-belah diikuti sesi styling di butik Sacoor. Peserta juga diberikan peluang untuk brewing coffee di Juan Valdez Cafe. Ternyata ia pengalaman yang menarik dan mereka kami lebih menghargai kopi yang diminum setiap pagi. Aktiviti membeli-belah diteruskan sehingga jam sembilan malam. Hari kedua, para peserta diberi waktu

free and easy selepas bersarapan di restoran Rajawali – kebanyakannya sambung membeli-belah di GHPO. Memang tak dinafikan, diskaun menarik di setiap kedai buat kamu rasa rugi jika tak membeli. Selepas makan tengah hari, kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur, pastinya dengan senyum lebar hingga ke telinga kerana berjaya grab tawaran hebat!

Sesi styling di butik Sacoor.

Makan tengahari di Baba Nyonya by Sambal Chili.

Pencuci mulut yang disediakan untuk para peserta. Yummy!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.