Maskara TERBAIK

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY -

Cyber Colors Feather Tutu Magic Mascara, RM112.20

Apa yang kamu harapkan daripada maskara? Efek bulu mata panjang? Lebat? Berdefinisi? Tidak melekat atau mencomotkan? Yang ini lakukan semua itu dan lebih lagi. Hasilkan gaya mata seperti anak patung dengan maskara melebatkan, memanjangkan, tidak mudah comot serta kalis air! Dramatik atau semula jadi, kedua-dua kesan ini mudah kamu capai dengan berus kon dwi-fungsi yang mempunyai hujung tirus untuk memastikan bulu mata tak melekat dan bahagian bawah berus yang bulat untuk kamu cipta maya. Tidak sehelai pun bulu mata ketinggalan dan mudah dilayangkan dari pangkal ke hujung untuk kesan ekstra panjang, ekstra lebat dan cukup menawan!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.