Rawatan MALAM TERBAIK

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY -

Dermalogica Sound Sleep Cocoon™, RM409

Kamu tahu kan, waktu tidur malam adalah waktu yang paling berkesan untuk merawat kulitmu? Jadi rawatan yang kamu pakai untuk dibawa tidur itu bukan sahaja sesuatu yang bagus tetapi juga menawarkan keselesaan yang mutlak! Cosmo paling tak suka tidur dengan kulit yang melekit-lekit. Seperti namanya, krim rawatan malam ini cukup nyaman dipakai. Teksturnya seperti baldu dan aroma adunan minyak pati

French lavender, cendana, patchouli dan aromaterapi membantu kamu untuk tidur lebih lena. Kulit terasa dan kelihatan lebih segar keesokan pagi, kamu tidak nampak letih. Waktu tidur dimanfaatkan sepenuhnya untuk merawat dan memulihkan kulit. Tak lupa, Cosmo juga suka betapa mudahnya nak guna krim ini, tak perlu celup jari, hanya unlock dan tekan. *Boleh didapati di semua pusat kesihatan kulit Dermalogica dari Esthetics International Group Berhad yang sah di seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.