Horoscopes

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

110

Leo 23.7 - 22.8

Rasa cinta sedang meluap-luap dan kamu perlu luah pada insan yang tahu menghargai. Jika hubungan kamu hambar, Cosmo nasihatkan kamu ucap selamat tinggal kepadanya. Cari cinta baru selepas 21 Ogos. Selamat berjaya! TAHUN KAMU: Terlalu banyak perkara baik pada 2018 yang berlaku dalam hidup kamu. Jika masih mencari kerjaya terbaik, temu duga idaman bakal muncul November nanti.

Virgo 23.8 - 22.9

Cosmo tabik dengan tahap kesabaran kamu. Semua yang kamu nantikan dari segi hubungan, duit, kerjaya dan banyak lagi akan membuahkan hasil. Rancang perbelanjaan pada 28 Ogos. Jangan boros okey. JEJAKA VIRGO: Si dia obses dengan kerja di pejabat. Alihkan perhatiannya dengan mengajaknya pergi bercuti. Lakukan aktiviti berfaedah bersama-sama. Capricorn 22.12 - 19.1

Jika kamu murung akibat perpisahan sebelum ini, Cosmo rasa sudah cukup waktu untuk bersedih. Fokus pada diri kamu. Jika masih tak dapat alihkan kesedihan, isi masa lapang dengan buat over time di pejabat. JEJAKA CAPRICORN: Beri si dia masa sendirian, janganlah terlalu mengongkong. Bila kalian bersatu, tiada apa yang penting selain cinta. taurus 20.4 - 21.5

Kamu ibarat magnet kerana sentiasa tonjolkan peribadi yang ceria, tapi jangan jadi fake okey. Jadi dirimu yang sebenar walaupun mungkin ada yang akan menjauhimu. Kamu bakal dilanda masalah besar pada 14 Ogos. Hati-hati… JEJAKA TAURUS: Si dia alami masalah kewangan tapi tak perlu bantu secara berlebihan, cukuplah sekadar menasihatinya. Kalian belum jadi suami isteri. Libra 23.9 - 22.10

Momen Cinderella kamu bakal tiba… Ramai jejaka mahu jalinkan perhubungan cinta dengan kamu, termasuk bekas kekasih! Hal ini buat kamu dalam dilema kerana mahukan yang terbaik. Buat keputusan menjelang 26 Ogos. JEJAKA LIBRA: Si dia mahu luang masa bersama the boys. Biarkan saja kerana kamu boleh luang masa berkualiti bersama keluarga. Aquarius 20.1 - 18.2

Mulakan Ogos dengan tick senarai yang belum kamu lakukan seperti ke gim, luang masa lakukan kerja amal and the list goes on. Pada 30 Ogos, kamu akan berkenalan dengan jejaka baru, bolehlah luaskan networking. JEJAKA AQUARIUS: Luahkan apa yang kamu mahu padanya kerana dia perlu tahu apa yang terbuku dalam hatimu selama ini. gemini 22.5 - 20.6

Kamu sudah lama tak bercuti. Waktu untuk road trip! Bersiap sedia untuk alami pengalaman paling epic. Bawa bersama keluarga kamu, ini masanya untuk eratkan kembali hubungan dengan mereka. JEJAKA GEMINI: Jadual kerja yang sibuk sudah sinonim dengan dirinya tapi bulan ini, si dia ekstra manja dengan kamu. Jangan lepaskan peluang ini okey. Scorpio 23.10 - 22.11

Current position: Woman on top. Cosmo sedang bercakap tentang kerjaya kamu. Fokus pada kerjaya hingga 27 Ogos dan ikut kata hati. Jika ingin buat keputusan besar, pastikan kamu minta pendapat orang sekeliling juga. Jejaka Scorpio: Si dia agak tertekan di pejabat. Kurangkan stress yang dialaminya dengan urutan lembut setibanya di rumah. Pasti dia mampu tidur dengan lena… Pisces 19.02 - 20.3

Jangan takut untuk dekati crush kamu. Jika bukan sekarang, bila lagi? Manalah tahu jika si dia juga memendam perasaan terhadap kamu. Elakkan sikap boros kerana ia boleh memakan diri. Kamu mahu tergolong dalam golongan muda yang bankrap? JEJAKA PISCES: Ada saja idea menarik si dia untuk bahagiakan kamu. Kamu wanita bertuah! Jangan sesekali sia-siakan kepercayaan si dia ya. Cancer 21.6 - 22.7

Tenangkan jiwa dan fikiran kerana terlalu banyak drama kamu lalui bulan lalu. Ikuti kelas yoga atau baking untuk kurangkan tekanan. Selain itu, kembali fokus di pejabat. JEJAKA CANCER: Si dia mahu berkepit saja denganmu, layankan saja perangainya supaya dia rasa lebih dihargai. Sagittarius 22.11 - 21.12

Ready, set, jet! Saatnya kamu kembara dan melihat dunia. Percutian kamu selepas 11 Ogos adalah paling hebat yang pernah kamu alami. Selain dapat berkenalan dengan jejaka kacak, kamu kembali ke pejabat dengan semangat baru. JEJAKA SAGITTARIUS: Masa depan kalian sudah termasuk dalam senarai azam tahun baru si dia. Jangan terlalu memaksa dia tahu waktu sesuai untuk melamarmu. Aries 21.3 - 19.4

Tak semua masalah yang melanda kalian, kamu perlu terima bulat-bulat. Percayalah, diri kamu jauh lebih berharga. Kamu tak layak dipermainkan. Luang masa dengan teman dan luahkan segalanya. Terima pendapat mereka. JEJAKA ARIES: Si dia kongsi tujuan dan objektif hubungannya, adakah kamu sudah bersedia ke fasa seterusnya? Tepuk dada tanya selera okey.

LEO GAL Stacy Anam 18 Ogos 1990 Elisabeth Moss 24 Julai 1982

Joe Jonas 15 Ogos 1989 LEO GUY Awal Ashaari 6 Ogos 1981

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.