Notes Perbaiki 5 Masalah Mata Paling Ketara

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

1 Lingkaran Gelap atau Kemerahan

RAWATAN KULIT: Ton kebiruan, ungu dan merah itu adalah disebabkan oleh saluran darah yang mengembang dan meresap ke bawah kulit bahagian mata yang nipis. Cuba krim mata yang mengandungi kafein yang boleh membantu mengecutkan sementara saluran darah dan membantu mengurangkan lingkaran gelap itu. Neal’s Yard Frankincense Intense Lift Eye Cream mengandungi alga mikro untuk ‘mengangkat’ bahagian mata dan kafein teh hijau serta minyak biji kopi hijau organik untuk membantu kurangkan lingkaran gelap.

HELAH PENYAMAR: Inilah masanya untuk colour correction dengan produk penyamar pelbagai warna. Padamkan kebiruan atau ungu dengan warna pic (untuk kulit cerah) atau jingga (untuk kulit lebih gelap). Untuk meneutralkan kemerahan, guna warna hijau. Biarkan warna set dalam seminit dan pedap penyamar yang biasa kamu gunakan.

2 Sembap

RAWATAN KULIT: Jika kamu ‘bawa’ eyebags 24 jam, bermakna kamu punya lebihan lemak pada bahagian mata. Malangnya ia genetik dan memerlukan batuan pakar kulit. Tapi kalau kamu hanya sembap pada waktu pagi, “ia selalunya disebabkan fluid retention”, kata Dr Marchbein. Urutkan krim mata ke kiri dan kanan pada bawah mata beberapa minit untuk membantu menyalirkan lebihan cecair. HELAH PENYAMAR: Adunkan penyamar satu atau dua ton lebih cerah di bawah sembap (guna berus kecil untuk blend). Seperti highlighting, ia akan buat kulit nampak sekata dengan menonjolkan bahagian bawah sembap.

3

Garis Halus

RAWATAN KULIT: Pada waktu malam, pedapkan krim antipenuaan untuk meningkatkan kolagen dan melembutkan penampilan garis daripada masa ke semasa. Pada sebelah pagi pula guna formula dengan asid hialuronik untuk menarik lembapan kepada kulit dan melicinkan garis. Lancôme Advanced Genifique Yeux bila digunakan sebelum tidur akan memadam kesan keletihan serta tanda awal penuaan pada kontur mata.

HELAH PENYAMAR: Tak perlu bedak debu kerana ia boleh berkumpul dalam rekahan garis halus. Jika penyamarmu mula berbelak, pedap dan ratakan semula dengan haba jari kamu. Lancôme Advanced Genifique Yeux, RM245 Elizabeth Arden Stroke of Perfection Concealer, RM125.40 (www.zalora.com.my)

4 Pigmentasi

RAWATAN KULIT: Adakah bawah matamu lebih coklat berbanding biru atau merah? Menurut pakar kulit Dr Shari Marchbein MD, kemungkinan besar ia adalah kerana lebihan pigmen di dalam kulit yang selalunya adalah genetik dan lebih cenderung pada wanita yang berkulit lebih gelap. Bahan seperti hydroquinine, asid kojik, soya dan ekstrak likuoris boleh membantu menyekat penghasilan melanin untuk mencerahkan bahagian itu. Dan jangan keluar rumah tanpa kaca mata gelap. Selaran matahari boleh buat ia bertambah gelap.

HELAH PENYAMAR: Guna penyamar litupan penuh yang warnanya satu atau dua kali lebih cerah daripada ton semula jadi kamu. Ia akan menutupi kegelapan. Cle De Peau Radiant Corrector For Eyes adalah gabungan penyamar dan perawatan kulit yang meneutralkan penampilan cela, menutup bayangan, melegakan kekeringan dan mencerahkan kulit di bahagian mata dari masa ke semasa. Caudalie VineActiv Energizing and Smoothing Eye Cream, RM150

Cle De Peau Radiant Corrector For Eyes, (harga tidak dinyatakan.)

5 Kekeringan

RAWATAN KULIT: Perintang kulit sekitar mata sangat nipis, bermakna lembapan mudah hilang dan menyebabkan kekeringan. Perawatan mata yang bertekstur gel lebih cepat meresap untuk menghidratkan dan menyegarkan mata. Cosmo suka yang menyejukkan seperti di sini.

HELAH PENYAMAR: Yang teksturnya berkrim akan memberi hasil litupan penuh dan takkan berbelak pada bahagian yang kering. Dior Hydra Life Cooling Hydration Sorbet Eye Gel, RM235

Guinot Cover Touch Treatment Concealer, RM187

Revlon Photoready Correcting Pen, RM42.37

Neal’s Yard Remedies Frankincense Intense Lift Eye Cream, RM465

Dermalogica Positive Eye Lift, RM378

Urban Decay All Nighter Concealer, RM103.77

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.