Fun Fearless Female Sangeeta Krishnasamy

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Kemunculan sulungnya menempa nama sebagai pelakon mainstream sekali gus membolot anugerah Pelakon Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-29 dan Kuala Lumpur Film Critics’ Awards 2017, serta anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2017 menerusi filem Adiwiraku. Tidak takut untuk menyuarakan pendapatnya, Sangeeta Krishnasamy menepati definisi woman of substance.

Kamu menang tiga anugerah pelakon terbaik menerusi filem Adiwiraku. Apa lagi yang kamu sasarkan dalam industri ini?

Apa yang saya mahukan adalah supaya industri atau pembikin filem Malaysia memberi kepentingan kepada unsurunsur seperti dalam filem Adiwiraku, that stays true to our Malaysian identity, kerana ia juga akan mengangkat nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Terdapat banyak kisah tentang unsung heroes di negara kita yang mungkin boleh saya ceritakan sebagai penulis lakon layar atau pengarah satu hari nanti.

Bagaimana kamu mahu gunakan pengaruh dan suara kamu untuk bantu wanita di luar sana?

Saya rasa sistem pelajaran di Malaysia perlukan perhatian. Education is empowerment. Saya ingin jadi sebahagian daripada gerakan yang membawa perubahan ini.

Apakah pendapat kamu tentang gerakan feminism?

Jika semua ibu di dunia ini mendidik anak mereka untuk menghormati the opposite sex and treat each other with respect, masyarakat akan lebih sensitif bila menghukum tidak kira jika ia datang daripada lelaki atau wanita sendiri. Don’t be judgemental, we won’t need this ideology.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.