Sarapan Sihat Untuk Pagi Yang Sibuk

Menyediakan sarapan berkhasiat jauh lebih mudah (serta mengenyangkan) berbanding nasi lemak atau bihun goreng. Hanya 10 minit and you are ready to go!

Cosmopolitan (Malaysia) - - BODY FOOD -

OATMEAL BERSAMA KEJU DAN TELUR GORENG BAHAN-BAHAN:

¼ cawan oat

¾ cawan air

Secubit garam dan lada hitam 2 sudu besar keju (disagat)

1 sudu teh minyak kelapa

1/4 cawan lada merah (dicincang) 2 sudu besar bawang merah (dicincang)

1 biji telur

CARA PENYEDIAAN:

Didihkan air di dalam periuk kecil. Masukkan oatmeal, perlahankan api dan biarkan ia masak selama tiga minit sehingga pekat. Tutupkan api dan gaul bersama keju. Tambah secubit garam dan lada hitam mengikut cita rasa.

Panaskan kuali bersama ½ sudu teh minyak kelapa. Masukkan lada merah dan bawang besar, masak selama dua hingga tiga minit. Tuangkan di atas oatmeal yang sudah dimasak tadi.

Masukkan baki ½ sudu teh minyak kelapa dan goreng telur. Hidangkan di atas oatmeal tadi.

Kamu juga boleh tambahkan walnut, daun bawang atau buah kranberi kering.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.