Dari meja editor

Cosmopolitan (Malaysia) - - EDITORIAL - Nisa' Nisa’ Halid Editor

Hey, digital era! Sudah pasti tahun ini bukan tahun asing untuk Cosmo menghasilkan edisi digital sekali lagi. Mana tidaknya, makin hari makin melekat kita dengan gajet dan internet, kan? Selagi kamu masih stalk dan follow influencers serta Insta-famous untuk inspirasi fesyen, kecantikan dan informasi terkini, selagi itulah ia merupakan isu yang masih relevan di kalangan kita. Setuju?

Banyak artikel yang kami sediakan khas buat kamu bulan ini, baik di sini mahupun di laman web. Terus ke halaman 68, Cosmo Investigates mengupas isu media sosial yang sudah menjadi ‘morning newspaper’ dan hakikat di sebalik the ‘perfect’ online life! Adakah kamu benar-benar bahagia? Bukan itu saja, kami minta tiga influencers sebenar berkongsi tip raw yang dipegang sehingga membawa mereka ke status mereka kini. Apa yang membezakan mereka dengan influencers lain yang tumbuh bak cendawan selepas hujan? Baca selanjutnya di halaman 58.

Camila Cabello menghiasi muka depan Cosmopolitan edisi September 2018 dan untuk kamu yang mahu mengenalinya dengan lebih rapat lagi, kamu sedang membaca medium yang betul. Baca tentang bagaimana dia mengawal semula hidupnya selepas ditimpa bencana dan apa yang dicarinya tentang cinta juga tabiat kegembiraan yang diamalkannya. Cosmo percaya dia seorang yang ‘ unstoppable’ dan mampu memberi inpirasi serta semangat jitu pada kamu. Imej yang kami tampilkan juga menarik! (Halaman 20)

Sejajar dengan edisi ini, Cosmo memperkenalkan laman web berwajah baru yang dilancarkan pada 3 September 2018. Lihat teaser yang dimuat naik di platform media sosial kami. Harapan kami adalah untuk menyediakan lebih banyak artikel menarik dan projek kolaborasi bersama jenamajenama di platform ini. Pengalaman pasti berbeza, tetapi ia bakal memberi kami peluang untuk berinteraksi bersama Cosmoholics setiap hari. Psst! Jangan lupa sertai peraduan yang dianjurkan. Banyak giveaways sudah ready untuk kamu menangi! Sehingga hari ini, Cosmopolitan.my telah berhubung dengan berjuta pengguna unik setiap bulan. Dengan look yang baru, komitmen kami pastinya akan lebih lagi dengan kandungan yang ‘juicy’ dan one-of-a-kind agar kami dapat memberi semangat bersama artikel-artikel hebat untuk membantu memberi inspirasi dan berkongsi cinta yang sama untuk fesyen, kecantikan dan gaya hidup.

And we’ll make sure you’ll have fun with us along the way. See you in cyberspace, Cosmoholics!

1 3 4 2

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.