Haida YusofYeomans

@haidayusof

Cosmopolitan (Malaysia) - - COSMO SPECIAL -

She is not a stranger in the fashion world! Jika kamu pengikut Haida Yusof di Instagram, kamu pasti tahu dia bukan saja fashion girl tapi juga sering memberi tip kepada followers tentang fesyen. Dia antara influencer yang unik dan mempunyai kandungan cerita berbeza jika dibandingkan dengan influencer fesyen yang lain.

Adakah kamu kaji audiens media sosial kamu?

Of course! Kamu perlu tahu siapa yang mengikut akaun Instagram kamu dan post bagaimana yang mereka gemar. One thing about followers nowadays is that they are smart. Mereka mahukan kepelbagaian serta keaslian. Mereka juga tahu bila masanya kamu

faking it atau jika kamu being 100 percent real.

Bercakap mengenai followers, kini ramai yang semakin bijak meneliti paid review. Pendapat kamu?

Seperti yang saya katakan, followers nowadays are smart! Tiada salahnya jika kamu mahu bekerjasama dengan sesuatu jenama untuk bantu promosikan produk mereka sekali gus menjana pendapatan. Apa yang membuatkannya keterlaluan apabila kamu lakukan paid review membabi buta tanpa pengetahuan berkenaan sesuatu produk itu. Nama pun influencer, jadi kamu perlu bijak mencari isi kepada cerita baru agar dapat menangkap perhatian

followers kamu. Adakah sekadar raut wajah yang cantik atau pengetahuan yang kamu ada mengenai sesuatu perkara? Kamu perlu sentiasa beri inspirasi serta educate pengikut kamu secara positif. Menjadi influencer bukan sekadar untuk jana pendapatan or just for the sake of being famous.

Ramai tidak tahu usaha yang perlu dilaburkan untuk menjadi content creator. Tip kamu untuk memperkukuhkan post di media sosial?

Learn the technical side of social media. Ia bukan sekadar berpakaian cantik, ambil gambar dan muat naik di Instagram, tapi juga perlukan kepelbagaian dari segi editing, sudut serta kamu juga perlu tahu perihal algorithms dan yang paling penting content! Kamu perlu bereksperimen dengan pelbagai content sebelum tetapkan hala tuju kamu. Kamu juga perlu peka dengan rombakan algorithm di Instagram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.