Andre Amir

@andreamir

Cosmopolitan (Malaysia) - - COSMO SPECIAL -

Dia ibarat membawa aura classy di setiap acara yang dihadirinya. Tidak pernah kalah dalam bergaya, kredibiliti Andre Amir sebagai influencer fesyen lelaki tidak perlu dipertikaikan lagi.

Terlalu ramai yang ingin menjadi influencer, namun tiada identiti tersendiri. Pendapat kamu?

Kini semakin ramai yang menjadi Insta-famous, tetapi masih belum boleh digelar Key Opinion Leader. Beza Instafamous dengan KOL adalah, mereka ini diangkat menjadi KOL biarpun hanya kerana memiliki ribuan pengikut kerana apa yang disampaikan mempunyai pengisian yang boleh dipelajari atau diambil sebagai inspirasi. Konteks mereka juga perlu disusuli dengan minat serta pendirian yang kukuh. Apa yang diperlukan oleh

influencers adalah input.

Pendapat kamu, apakah ciri-ciri sebenar seorang influencer?

Kamu perlu ada subjek fokus, apa yang kamu benar-benar minat, pilih satu yang benar-benar kuat. Sebagai contoh, gaya hidup lasak, memasak atau jika kamu seorang yang gemarkan fesyen lelaki. Cuba cipta identiti agar orang faham apa yang kamu mahu sampaikan. Influencer juga merupakan profesion, tidak kira jika ia dilakukan separuh masa sekalipun, ia harus dilakukan secara profesional. Jika kamu buat sambil lewa, ia menunjukkan kamu belum lagi bersedia. Kamu adalah orang yang mengatur input, kamu perlu beri inspirasi serta ia perlu sentiasa berkembang, kerana orang inginkan sesuatu yang baru.

Mengapa khidmat influencer penting untuk sesuatu jenama itu?

Kos penggunaan influencers sememangnya lebih murah berbanding pengiklanan di billboard atau media dan ia lebih fleksibel. Jika mereka punyai lebih bajet, lebih ramai influencers boleh diambil untuk sesuatu kempen dan mampu mencapai jutaan audiens. Setiap influencers ada kelebihan atau niche market tersendiri. Pengikut mereka juga berbeza-beza. Bagi saya pula, banyak jenama menggunakan khidmat saya untuk mempromosikan produk atau servis yang berkaitan dengan fesyen atau gaya hidup lelaki kerana hampir 70 peratus pengikut saya terdiri daripada lelaki urban dalam lingkungan 20 ke 45 tahun dan meminati fesyen. Ramai yang salah faham produk yang kami paparkan adalah percuma. Ada juga jenama yang kami paparkan bukan kerana promosi malah item yang digemari, tak semestinya semua dibayar atau diberikan insentif. Bukan semua yang kami terima, akan kami tayang kepada audiens.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.