Makna Di Sebalik Kata Putus...

Ini tiga ayat yang sering digunakan lelaki ketika minta putus dan maksud sebenar di sebaliknya.

Cosmopolitan (Malaysia) - - LOVE & MEN -

“Saya tak yakin dengan hubungan kita.”

Maksud: “Saya belum bersedia untuk hubungan serius.” Dia sedar dia tak mahu komitmen buat masa sekarang atau sedang sibuk mengejar cita-citanya di pejabat. Lebih teruk, si dia tak pasti sama ada mahu pilih kamu atau kerjaya.

“You berhak dapat jejaka yang jauh lebih baik.”

Maksud: “Saya akan terus menyakiti hati kamu. Lebih baik kita akhiri perhubungan ini kerana saya tak sanggup lihat kamu sedih.” Ini menunjukkan si dia sedar bahawa perasaannya tak sedalam perasaan kamu terhadapnya.

“Kita tak serasi.”

Maksud: “Kita sering bertengkar dan hal ini buat kehidupan saya huru-hara.” Perkara ini membuatkan si dia sudah penat untuk bergaduh walaupun hal remeh. Si dia mahu perhubungan yang matang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.