Hot Brand Supercharge Kulit Dengan Kolagen

Sebaik usia mencecah 25, kulitmu perlukan lebih dari serum dan krim untuk kekal muda. Mantapkan keanjalan kulit dengan rangsangan kolagen dari dalam untuk kulit sihat bercahaya tak kira berapa usiamu.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

” Be young!” kata Mon Cheri, jenama kecantikan tempatan kini hadir dengan B’Ieune (sebutannya be

young), serbuk minuman kolagen botani yang membawakan konsep ‘eat well sleep well’. Yang nyatanya, lepas seharian di Melaka untuk pelancaran B’Ieune ini dan dilayan dengan makanan enak serta disediakan tempat penginapan yang menarik, Cosmo memang eat well

sleep well malam itu. Minuman kecantikan terbaru ini mempunyai adunan kolagen, asid hialuronik, L-cystine, SOD semula jadi (enzim antioksidan) serta ekstrak

acerola, lima bahan aktif utama yang membantu membekalkan kolagen, memperbaharui sel-sel kulit dan mengurangkan garis halus serta kedutan.

Hydrolized Marine

Collagen – merangsang tubuh untuk menghasilkan kalogen serta asid hialuronik untuk mengekalkan kesihatan, merawat serta menganjalkan semula kulit.

Asid Hialuronik – mengunci lembapan serta mengaktifkan sel kulit untuk menghasilkan kolagen dan elastin, serta menggalakkan penggantian sel kulit supaya kelihatan berseri.

L-Cystine – Menghalang sintesis melanin berlebihan dan mengurangkan toksin dalam kulit. Ia membantu kulit tampil lebih sekata dan tidak kusam.

Ekstrak Acerola – sejenis buah seperti ceri yang sangat kaya antioksidan. Sebiji acerola sama kandungan Vitamin C dengan 65 biji oren. Penting untuk sintesis kolagen serta menghalang pengoksidaan dan mengurangkan penghasilan melanin.

SOD Semula Jadi – diperoleh daripada ekstrak cantaloupe melon, ia merawat sel kulit yang rosak serta mempunyai kesan antioksidan dan antirengsa sambil membantu meneutralkan radikal bebas.

Jadi dengan adunan bahan aktif ini, B’Ieune bukan saja mestikan kulit kekal muda tetapi juga cerah, sihat, berseri dan kamu akan merasakan perubahan pada lembapan kulit juga. Cara minum juga mudah, dua kali sehari: Pagi ketika perut kosong kerana tubuh menyerap nutrien lebih baik; dan malam sebelum tidur kerana waktu tidur adalah waktu tubuhmu memulih dan memperbaiki kualiti tidur. Tuangkan serbuk B’Ieune ke dalam 50ml cawan air, kacau sehingga larut dan minum!

Caroline Oi Founder an pengalam berkongsi B'Ienune. minum

Mon Cheri B’Ieune Botanical Beverage Mix, RM238 (30 paket/5g)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.