Confidence Positif Dengan Perubahan Besar Dalam Hidupmu

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Walaupun kamu tidak menjangkakan perubahan tersebut, tapi untuk kamu melangkah lebih jauh dan menjadi lebih matang, perubahan amat penting. Mungkin agak sukar untuk serasikan diri dengan situasi baru, tapi usah risau! Cosmo kongsikan cara mudah untuk kamu terima perubahan tersebut. To a more positive life, let’s go! Oleh Iqa Norhizam

1 JANGAN LAKUKAN APA-APA

Jika kamu sedang berada dalam situasi ini, reaksi pertama kamu selalunya adalah melakukan banyak aktiviti agar kamu boleh melupakannya. But there’s a lot of value to sitting quietly instead. Contohnya, jika kamu sedang belajar bahasa baru, terdapat satu peringkat yang dipanggil tempoh senyap. Orang dewasa mungkin akan cuba untuk mengelak tapi jika kamu letakkan kanak-kanak di tempat baru yang asing untuk mereka, hanya dalam tempoh beberapa bulan saja mereka boleh fasih berbahasa asing. Ia amat berkait rapat dengan cara kamu memahami dan berikan reaksi terhadap sesuatu perubahan. Kamu perlu berikan diri sendiri ‘tempoh senyap’ sebelum boleh berkembang dan terima perubahan tersebut.

2 AMBIL MASA UNTUK URUS DIRI SENDIRI

Apabila rutin biasa kamu tiba-tiba berubah, kamu rasa seperti kesemua sistem sokongan kamu hilang. Tidak dinafikan sangat sukar menjaga diri sendiri sementara masih mencuba untuk ‘hadam’ perubahan tersebut. Sediakan hidangan bernutrisi untuk minggu-minggu seterusnya in advance. Jika kamu tidak kesah belanjakan sedikit duit, panggil day maid untuk datang dan kemas rumah kamu. Yes you need to take some time for yourself, tapi jangan biarkan sekeliling kamu bersepah dan tidak terurus.

3 SILENCE YOUR INNER KNOW-ITALL ATTITUDE

Menurut Alton Becker, pakar linguistik, “What makes someone good at languages is it helps not to be too smart.” Orang pandai tidak suka minda mereka diubah dan untuk belajar bahasa baru, kamu perlu ubah minda kamu. Jadi, sekiranya kamu seorang yang pintar, kamu tidak boleh memikirkan semula kedudukanmu. Kesemua IQ kamu tidak akan membuat kamu lebih baik apabila hidupmu sedang tunggang terbalik. Nasihat ini boleh diterap pakai dalam apa jua aspek kehidupan.

4 CARI PERSPEKTIF BARU

Cultivate the ‘don’t know’ mind. Jika kamu anggap kamu tidak tahu apa-apa, kamu akan lihat dunia lebih segar dan dengan perspektif baru. Ia adalah cara terbaik untuk terima perubahan sebagai peluang baru dan mula semula untuk pertimbangkan segala kemungkinan. Tanya soalan dan dengar dengan teliti.

5 CUBA SESUATU YANG BARU DAN MENAKUTKAN

Mengapa? Kerana sekarang adalah masanya untuk meneroka apa yang kamu benar-benar suka. Catch yourself off-guard and see what happens. Apabila kamu keluar dari zon selesa, pengalaman yang menyeronokkan dan menakutkan itu akan buatkan kamu mahu menjalani kehidupan yang lebih kreatif dan fearless.

6 KATAKAN ‘REALLY?’ DENGAN KERAP

Apabila kamu mula menerima perubahan dalam kehidupan sebagai kelebihan untuk diri sendiri, kamu mungkin akan ‘menggegarkan’ ramai orang terutama mereka yang tidak senang dengan kegembiraanmu atau cara kamu jalani kehidupan sekarang. Bagi mereka, usaha kamu untuk melangkah maju ke depan umpama satu cahaya silau yang mereka perlu tutup serta-merta. Jika mereka lemparkan komen untuk menjatuhkan kamu, beri respon seperti, “Really?” atau, “Oh, ya?”.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.