Life Skills

Mahu rasa lebih fabulous? Ini apa yang perlu kamu buat. Jika kamu percaya kamu layak dapat yang terbaik, kamu pasti akan milikinya!

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Bergaul Dengan Mereka Yang Positif

Toxic people are everywhere. Kadangkala teman-teman sendiri pun boleh menikam kamu dari belakang. Inilah masanya untuk kamu utamakan diri sendiri terlebih dahulu dan buka ruang dalam hidup untuk mereka yang sentiasa menyokong, bukan yang menjatuhkan kamu.

Ubah Bahasa Tubuh

Tanggapan pertama adalah segalanya? Salah! Kamu boleh ubah persepsi orang lain terhadap kamu dengan menukar isyarat tubuh. Beri lebih eye contact, sentiasa tersenyum dan mempunyai postur tubuh yang baik akan buat kamu lebih dihormati. Luangkan juga sedikit masa bersolek dan berdandan untuk ekstra ‘umph’. When you look good, you feel good.

Elak Terlebih Fikir

Ramai terperangkap dalam masalah overthinking yang menghalang kamu mencapai matlamat. Ambil masa lima minit setiap pagi untuk menilai masalah yang dihadapi dan cari penyelesaian sewajarnya. Jika masih tidak berjaya, move on dan lalui harimu seperti biasa. Berfikiran negatif hanya akan membantutkan perkembanganmu.

Sentiasa Bersedia

Antara sebab utama kenapa kita semua mengalami anxiety atau takut berada dalam ruang sosial adalah kerana kurangnya perancangan. Practice definitely makes perfect, jadi rancang hari kamu, komitmen kerja kamu, kehidupan peribadi kamu dan jadikannya rutin. Namun jika perancangan kamu kecundang, jangan gusar. Itu hanyalah sebahagian daripada aturan kehidupan.

Berhenti Buat Perbandingan

Sikap suka membandingbandingkan adalah ‘pencuri’ kegembiraan! Sentiasa percaya pada kekuatan kamu dan ketahui juga kelemahan yang ada. Lama-kelamaan kamu akan mampu mengubah kelemahan menjadi kekuatan diri. Jangan terikut-ikut perkara yang dibuat orang lain kerana setiap orang mempunyai hala tuju berbeza. Learn to embrace that.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.