Horoscopes

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

VIRGO 23.8 - 22.9

The hype is real! Terlalu banyak idea bernas dalam fikiran kamu dan ramai orang sekeliling yang mahu mencuri ideamu. Cuba olah sebaiknya dan jangan biarkan rakan sepejabat memintas ideamu dan mengambil kredit daripadanya. Pilih teman sekerja yang boleh dipercayai! TAHUN KAMU: Sepanjang tahun ini kamu bersinar bak bintang di pejabat. Katakan ya pada segala-galanya – happy hours, trip kerja mahupun projek besar. Kamu bakal dapat tawaran yang lebih hebat Disember ini.

Libra

23.9 - 22.10

Kamu perlu waktu bersendirian, bukannya kena melayan temanteman setiap masa. Cosmo sarankan kamu ke spa atau bercuti seorang diri menjelang 11 September. Kembali dengan semangat baru selepas 20 September. Jejaka Libra: Si dia tak sabar mahu pulang ke rumah dan bermanja denganmu. Alami keseronokan bersama! Idea nakal Cosmo: Mandi bersama!

Aquarius

20.1 - 18.2

Masa depan kamu makin cerah setiap bulan. Bukan itu saja, ia juga menentukan hala tuju hidup jadi buat pilihan sebaiknya selepas 15 September. Jika perlukan ketenangan selepas hectic week, Cosmo cadangkan kamu camping bersama teman. Jejaka Aquarius: Mood si dia huruhara kebelakangan ini. Berikan masa untuk dia tenangkan fikiran dan jangan cuba untuk jadi ekstra caring.

gemini

22.5 - 20.6

Kamu asyik stress dan perlukan enviroment baru (tanpa perlu tukar kerja baru). Mulakan dengan ubah kedudukan perabot di rumah dan tambah tumbuhan hijau di kubikel pejabat. Jejaka Gemini: Sekali-sekala masak makan malam istimewa dan jemput teman-teman kamu dan si dia. Selepas itu, boleh tonton DVD bersama.

Scorpio

23.10 - 22.11

Kamu teman baik yang layak mendapat anugerah kerana merancang parti bujang untuk BFF. Ia bukan kerja mudah okey! Pada 9 September, ada jejaka mahu mengenali kamu dengan lebih rapat. Tak salah beri si dia peluang. Jejaka Scorpio: Argh, rimasnya si dia asyik mahu berkepit. Boleh tak si dia keluar tonton bola dengan teman-teman untuk satu malam?

Pisces

19.02 - 20.3

Bosannya jika setiap malam kamu hanya berjanji temu dengan Netflix. Masanya untuk cari teman sehati sejiwa! Keluar dengan jejaka baru menjelang 23 September. Manalah tahu personaliti kalian serasi. Jejaka Pisces: Hello, lover! Si dia dalam mood romantis, ajak si dia ke candle light dinner supaya dia rasa dihargai.

Cancer

21.6 - 22.7

Jadual kerja kamu terlalu padat bulan ini. Rancang dengan teliti supaya tiada kerja yang tertunggak di penghujungnya nanti. Kamu kena lebih bijak merancang. Jejaka Cancer: Percaya pada perkara yang mustahil. Bersiap sedia sekitar 21 September kerana kamu bakal terima kejutan yang tidak disangka. Hargainya!

Sagittarius

22.11 - 21.12

It’s official: Kamu adalah bintang! Kejayaan menyebelahi kamu selepas 18 September. Diberi tanggungjawab besar bermakna kamu adalah pekerja dipercayai. Jadi jangan sekali-kali lakukan perkara yang tak sepatutnya Jejaka Sagittarius: Mood gembiranya kerana kenaikan pangkat berlarutan dari pejabat ke rumah kerana kamu membuat kejutan istimewa buatnya.

Aries

21.3 - 19.4

Hidup kamu agak huru-hara. Jangan cepat melatah, cuba bertenang dan selesaikan satu persatu. Bukan itu saja, kamu bakal hadapi masalah kewangan selepas 16 September. Jadi sediakan payung sebelum hujan okey. Jejaka Aries: Beri dia peluang lepak bersama teman menonton bola atau menyaksikan live band kerana pada penghujung hari, pasti dia akan mencari kamu.

Leo

23.7 - 22.8

Tunjukkan kebolehan kamu dalam menguruskan sesuatu projek dengan teratur. Kenaikan pangkat bakal kamu terima selepas 28 September. Teruskan usaha! Jejaka Leo: Pakai baju tidur seksi dan menggoda ketika percutian singkat bersama suami kamu nanti. Apa lagi, pergi beli sekarang juga!

Capricorn

22.12 - 19.1

Tiada apa yang lebih disukai gadis Capricorn selain kerja dan aktiviti berfaedah. Tapi kamu juga perlukan rehat. Ambil cuti selepas 8 September dan tenangkan minda bersama keluarga. Jejaka Capricorn: Kalian agak sibuk kebelakangan ini. Lupakan sebentar kerjaya dan rehat di rumah sambil marathon movie. Jika mahu lebih romantis, cuddle si dia di bawah selimut.

taurus

20.4 - 21.5

Get psyched, girlfiriends. Kamu bakal dilimpahi pelbagai idea bernas, inspirasi dan banyak lagi. Jangan terlalu selesa dan yakin dengan semuanya, belajar terima kritikan daripada teman sekerja dan majikan. Jejaka Taurus: Si dia beri kamu ‘cuti’ satu hari tanpanya. Waktu terbaik untuk membeli-belah. Beri kejutan dengan hadiahkan apa yang diingininya selama ini.

LEO GAL Adira 19 September 1991 Evan Rachel Wood 7 September 1987

LEO GUY Fattah Amin 14 September 1990 Armie Hammer 28 Ogos 1986

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.