Microneedling

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY | NOTES -

Dalam usaha untuk melicinkan garis dan kedutan, pakar kulit atau pakar kecantikan seakan memetakan wajah dengan rollerball yang ada jarum-jarum halus untuk mencipta saluran-saluran yang segera meningkatkan serapan produk dan dari masa ke semasa menggalakkan penghasilan kolagen. Hot or Not? Hot. Professional

microneedling (jangan pandai-pandai cucuk sendiri) menggabungkan kepanjangan jarum berbeza. Jarum yang lebih panjang mencipta saluran yang lebih dalam, yang menyebabkan kecederaan tak menyakitkan yang akhirnya mempercepatkan pertumbuhan kolagen baru. Selain itu microneedling juga berkesan untuk memulihkan penampilan parut jerawat dan stretch marks. Jangan risau dengan bintik-bintik yang kamu lihat pada wajah selepas rawatan. Ia akan hilang kurang daripada seminggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.