Tingkatkan Keaslianmu Tentukan MASA DEPAN Kulitmu

Tampil cantik pada setiap peringkat umur, itu adalah pilihan kamu dan Le Lift menawarkan keberkesanan, keaslian serta penghormatan pada kulit tanpa kompromi.

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY | NOTES -

JANGAN HANYA MENUNGGU TUA, KAMU PERLU BERTINDAK KERANA GAYA HIDUP MEMBERI IMPAK PADA PENAMPILAN KULIT DENGAN USIA. CHANEL RESEARCH MEMPERSEMBAHKAN GENERASI LE LIFT TERBARU YANG SELARI DENGAN PENDEKATAN KEPADA KEHIDUPAN YANG PENUH KEYAKINAN INI. MENDAPAT KUASANYA DARIPADA ALAM SEMULA JADI, LE LIFT MENAMPILKAN TEKSTUR SENSORIAL DENGAN 94 PERATUS FORMULA SEMULA JADI. Untuk Le Lift,

Chanel telah memilih alfalfa, tumbuhan yang ditanam di Perancis. Walau kelihatan lemah, ia kaya dengan nutrisi kerana sistem akarnya yang mampu menyerap khasiat dari tanah untuk memberi nutrisi kepada setiap sel. Pekatan botani alfalfa diekstrak daripada benihnya menggunakan kaedah kimia hijau. Bahan aktifnya bertindak pada epidermis juga dermis. Tindakan alfalfa dipertingkatkan lagi dengan gabungan Edulis, bahan aktif yang sudahpun berada dalam rangkaian produk Le Lift.

Dengan krim Le Lift, kulit melalui peningkatan usia dengan lebih baik, lebih terjaga strukturnya, lebih anjal, licin dan bercahaya.

Le Lift Crème baru hadir dalam tiga tekstur. Setiap dos telah dibangunkan untuk menawarkan tiga kesan sensorial berbeza, tiga sensasi mengikut keperluan kulit: Le Lift Crème Fine yang segar dan ringan, Le Lift Crème gabungan kelembutan dan keselesaan, dan Le Lift Crème Riche yang menyaluti kulit dengan sensasi balsam.

Memetik kata-kata Mademoiselle Chanel, “Nature gives you the face you have at twenty. Life sculpts your face at thirty. But it’s up to you to earn the face you have at fifty.”

Kedutan dilicinkan ulit menjadi lebih anjal ekstur kulit diperhalusi ulit lebih elastik ulit lebih bercahaya

Chanel Le Lift, RM533 (setiap satu)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.